Pembukaan semula pusat jualan dan pusat servis Perodua dibuat selepas memulakan kembali operasi fasiliti pemasangan di Sungai Choh, Rawang baru-baru ini.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad berkata, "penghantaran kenderaan telah bermula secara berperingkat sejak minggu ini, dan kami menjangkakan lebih banyak kereta Perodua akan dihasilkan dan didaftarkan dalam masa beberapa minggu akan datang.
Tambah beliau lagi, pihak Perodua sedang menilai kesan pelaksanaan PKP pada 1 Jun 2021 terhadap operasi dan bakal mengumumkan sasaran semakan bagi operasi tahun ini tidak lama lagi.
Perodua juga turut menggariskan panduan keselamatan untuk dipatuhi para pelanggannya ketika mengunjungi pusat jualan dan selepas jualan, seperti lengkap suntikan vaksin sepenuhnya, memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal serta membuat temu janji terlebih dahulu sebelum mengunjungi cawangan Perodua yang berhampiran.
Secara keseluruhan, Perodua mempunyai lebih 70,000 tenaga pekerja di dalam ekosistem yang merangkumi para pembekal, pengedar, serta kontraktor di seluruh negara.