Mercedes-Benz Malaysia rasmi buka Autohaus baharu di Langkawi

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia dengan kerjasama rakan pengedar Asbenz Stern Sdn Bhd secara rasmi membuka Autohaus terbaharu di Pulau Langkawi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibina atas tanah berkeluasan 38,323 kaki persegi, pusat pameran Autohaus Asbenz Langkawi mempunyai keluasan ruang sekitar 15,696 kaki persegi dengan pelbagai jenis kemudahan dan pengalaman kemewahan kepada para pelanggan mereka, termasuklah Star Lounge dan akses kepada koleksi gaya hidup Mercedes-Benz.
 

autohaus


Ia juga menawarkan pelbagai model kenderaan premium jenama itu termasuklah Mercedes-AMG, Mercedes-Maybach, dan Mercedes-Benz G-Class dengan harga bebas cukai yang menarik perhatian.

Selain itu, Autohaus Langkawi turut menyediakan pusat servis dengan 10 ruang kerja yang dapat menampung sehingga 70 buah kenderaan dalam masa sebulan.
 

asbenz


Antara perkhidmatan lain yang disediakan termasuklah Express Service 2.0, servis pintu-ke-pintu, drop & go, tempahan dalam talian, DSDPay, unit diagnosis dan pembaikan elektrik, bantuan kecemasan/tepi jalan 24 jam, tuntutan insurans, serta pembaharuan cukai jalan.

Pemilik kereta elektrik Mercedes-EQ juga boleh mendapatkan perkhidmatan pengecasan di Autohaus Langkawi.
 

asbenz


Sehingga kini, Asbenz telah melabur sebanyak RM15 juta secara keseluruhan, termasuklah pelaburan RM2 juta untuk Asbenz Langkawi Autohaus.

Terdapat empat Autohaus yang dikendalikan oleh Asbenz termasuklah di Kedah, Pahang dan Terengganu.