PRU15 - Jalan utama ke tiga pusat penamaan calon di Seberang Perai ditutup Sabtu ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Beberapa jalan utama dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, Bukit Mertajam dan Batu Kawan akan ditutup seawal pukul 6 pagi, Sabtu ini bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, bagi kawasan Permatang Pauh, jalan yang akan ditutup ialah berhadapan pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam iaitu Jalan Berapit.

 

Katanya, jalan itu akan ditutup untuk semua kenderaan bermula dari Taman Bukit Noning di sebelah kiri selain jalan berhampiran Simpang Tiga Mengkuang-Berapit di sebelah kanan.

 

“Bagi kawasan Parlimen Bukit Mertajam yang pusat penamaan calonnya terletak di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, jalan yang akan ditutup ialah Jalan Betek.

 

“Maknanya, mana-mana kenderaan yang melalui kawasan itu akan dilencongkan ke kawasan simpang tiga Desa Wawasan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, pada Khamis.

 

Mengulas lanjut, Cheng San berkata, bagi kawasan Parlimen Batu Kawan yang melibatkan kawasan penamaan calon di Dewan Kolej Vokasional Seberang Perai, jalan yang akan ditutup ialah Jalan Bukit Minyak di hadapan lokasi tersebut manakala jalan lain adalah simpang ke Taman Bukit Minyak 2 di sebelah kanan dan simpang ke Taman Bukit Minyak 1 di sebelah kiri.

 

Penutupan jalan ini akan dibuat sehingga selewat-lewatnya pukul 1 petang  bergantung kepada proses penamaan calon di lokasi yang ditetapkan.

 

“Justeru, pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan masing-masing dan tidak perlu melalui jalan-jalan yang disebutkan itu jika tiada keperluan,” jelasnya.

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
"Penutupan ini untuk memberi laluan kepada kerja meroboh jambatan besi sedia ada dan pembinaan…
Informasi
"Turut ditutup laluan Machang ke Paloh Rawa, laluan Kota Bharu ke Tanah Merah dan simpang Jalan Tok…
Informasi
"Penutupan penuh laluan akan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan…