Proton~DRB-HICOM University Creative Car Challenge pentas senibina automotif futuristik

oleh Mohamad Hanif|
DRB-HICOM University of Automotive Malaysia buat julung kalinya bersiap sedia untuk menghadapi pentas akhir PROTON~DRB-HICOM UNIVERSITY Creative Car Challenge (PD3C) yang akan berlangsung di Dewan Canselor Sultan Haji Ahmad Shah, DRB HICOM University di Pekan pada 6 hingga 8 Disember 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PD3C adalah pertandingan automotif pertama yang menampilkan unsur kreatif dan inovatif yang menekankan perihal reka bentuk kereta tanpa mengabaikan aspek kejuruteraan.

Pertandingan ini mendorong penglibatan antara pelajar seni reka automotif dan kejuruteraan, para pensyarah dari pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan dan orang awam.


Dijangka menjadi platform utama bagi mengasah bakat dan inovasi dalam reka bentuk automotif, PD3C berhasrat untuk menjadi perintis dalam mewujudkan masa depan yang lebih cerah dalam industri automotif dengan menggabungkan pereka dan jurutera automotif terbaik dari universiti tempatan dan institusi pengajian tinggi, serta juga indusrti automotif.

Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif DRB-HICOM University, Prof Dato' Sr. Dr Omar Osman berkata, "Misi PD3C adalah untuk menyemai budaya kreatif dan inovatifantara pelajar automotif dan pensyarah dari pelbagai institusi, di mana DRB-HICOM University boleh menjadi tunjang utama dalam memperkenalkan reka bentuk dan inovasi automotif di rantau Malaysia dan ASEAN. "

"Sebagai peneraju dalam pendidikan automotif di Malaysia, DRB-HICOM University bertindak sebagai penghubung kepada perkongsian ilmu pengetahuan antara industri automotif dan institusi akademik. Melalui pertandingan ini, kami berharap dapat memberi laluan kepada bakat muda dan mengiktiraf hasil mereka, "kata Prof Omar.

Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga cabaran utama yang berkaitan dengan industri
automotif - Creative Car Challenge, Car Modelling Challenge dan Design Battle.

 


Creative Car Challenge ialah cabaran berpasukan 15 orang yang dibuka penyertaannya kepada universiti dan institusi pengajian tinggi tempatan. Sebanyak 33 pasukan telah menyertai fasa kelayakkan pada Mac 2018, tetapi hanya 13 pasukan sahaja telah dipilih untuk ke pusingan akhir yang bakal diadakan pada bulan Disember ini.

Pasukan tersebut adalah:
1. DRB-HICOM University of Automative, Malaysia
2. Advanced Technology Training Centre (ADTEC) Malacca
3. Asia Pacific Institute of Information and Technology (APU)
4. IKM Tan Sri Yahya Ahmad (IKM TSYA)
5. Mara High Skills Colleges (KKTM Rembau /KKTM Masjid Tanah/IKM Jasin)
6. TAFE College
7. Universiti Malaysia Pahang (UMP) Team 1
8. Universiti Malaysia Pahang UMP) Team 2
9. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
10. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
11. Sultan Zainal Abidin University (UniSZA)
12. University of Malaya (UM)
13. Tun Hussein Onn University of Malaysia (UTHM)

13 pasukan finalis yang terpilih ini perlu mereka cipta kereta konsep bertemakan masa depan dan prototaip berskala besar dengan menggunakan model PROTON sebagai asas.

Kereta konsep ini mestilah praktikal, boleh dipandu, dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Setiap pasukan telah menerima sama ada kereta Exora, Gen-2, Suprima, Saga BLM, Preve dan/atau Iriz semenjak enam bulan yang lalu.

Empat pasukan yang teratas akan dianugerahkan wang tunai sebanyak RM7,000, RM5,000, RM3,000 dan RM1,000 pada akhir cabaran nanti.

Car Modelling Challenge adalah cabaran berpasuka tiga orang yang dibuka kepada
universiti tempatan dan institusi pengajian tinggi. Peserta dikehendaki menghasilkan model
kereta konsep skala 1:4 menggunakan bahan seperti kadbod, tanah liat atau pencetak 3D.
Sebanyak 9 pasukan akan bertanding untuk merebut tiga tempat teratas pada peringkat
akhir. Pasukan yang berjaya akan membawa pulang wang tunai RM2,500, RM2,000 dan
RM1,500.


Design Battle adalah cabaran individu yang dibuka kepada universiti tempatan, institusi pengajian tinggi dan orang ramai. Dalam cabaran ini para peserta perlu melengkapkan lukisan lakaran tangan dan meghasilkan reka bentuk kereta dalam tempoh masa empat jam semasa perlawanan akhir tersebut.

Design Battle ini berjaya menarik minat seramai 33 peserta dan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM1,200, RM1,000 dan RM800 untuk tempat pertama, kedua dan ketiga.

PD3C ditaja sepenuhnya oleh PROTON dan disokong oleh Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM) sebagai rakan kongsi teknikal.

PROTON dipilih sebagai rakan pertandingan kerana mempunyai kilang automotif yang lengkap dan moden, dan mempunyai pusat R & D sertareka bentuknya sendiri, manakala MRM merupakan sebuah badan pemikir serta penasihat kepada seni reka inovatif yang kian berkembang di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai cabaran ini, sila layari laman web pertandingan di www.dhuautomotive.edu.my/en/pd3c.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…