Proton Wira kekal kereta paling banyak dicuri 11 tahun berturut-turut

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Proton Wira sememangnya layak menjadi salah satu ikon dan kebanggaan untuk Malaysia sebagai kereta nasional paling popular pernah dihasilkan, sepanjang pengeluarannya, Wira telah ditawarkan dengan pelbagai varian dan edisi terhad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara yang paling menjadi rebutan ialah Wira C99 dimana ia hanya dihasilkan sebanyak 2,500 unit untuk mematuhi peraturan homologasi.

 

2

 

Menurut statistik Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC), berdasarkan tuntutan yang diterima oleh syarikat insuran untuk tahun 2021, Proton Wira kekal sebagai kereta paling banyak dicuri untuk 11 tahun berturut-turut.

Bagi penggemar kereta bikin, Wira sememangnya sentiasa menjadi antara pilihan utama terutama sekali bahagian enjin nya yang mudah untuk disumbat dengan enjin lebih berkuasa seperti 4G63.

 

3

 

Salah satu punca kereta-kereta ini menjadi sasaran ialah untuk mendapatkan alat ganti dan dijual semula ke pasaran, tentu sekali ia turut berpunca dari kenaikan harga alat ganti yang membuatkan pencuri mengambil kesempatan.

Menurut laporan The Star, koordinator VTREC, Mas Tina Abdul Hamid berkata sebanyak 131 Proton Wira dicuri sepanjang tahun 2021, diikuti oleh model Proton Iswara dengan 75 kecurian.

 

4

 

Tempat ketiga turut diduduki oleh satu lagi ikon popular negara iaitu Perodua Kancil dan tempat keempat diduduki oleh Toyota Hilux dengan 65 kecurian, Hilux juga menjadi jenama bukan nasional paling banyak dicuri.

'King Of The Road' iaitu Perodua Myvi turut tidak terlepas menjadi sasaran pencuri dengan berada di tempat keenam dalam senarai kereta paling banyak dicuri.

Menurut Mas Tina juga, pada masa akan datang Myvi mungkin akan menggantikan Wira sebagai kereta paling banyak dicuri.

1

Untuk statistik kecurian motorsikal pula, Yamaha LC135 menjadi motosikal paling banyak dicuri dengan purata setiap hari dilaporkan hilang, diikuti model Yamaha Y15ZR dengan 186 kecurian dan Honda EX5 dengan 151 kecurian.

Tidak seperti kereta, kecurian motosikal dilihat lebih kepada model-model yang lebih baru dan ianya tidak mengejutkan kerana hampir keseluruhan komponen motorsikal boleh ditanggalkan dengan mudah dan pantas.

2

Kes kecurian motosikal merupakan antara yang sukar untuk diatasi kerana aktiviti haram itu didalangi pelbagai kumpulan berbeza, jika dilihat melalui media sosial, pasti ada sahaja berita kehilangan motosikal dikongsi setiap hari.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan dijalankan mendapati kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu berlaku ketika anggota…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, berkata siasatan awal mendapati…
Berita Domestik
"Semasa tangkapan dibuat, pemandu Proton Wira itu tidak mengalami kecederaan selepas terlibat…