Proton Saga terlaris bagi pasaran segmen A di bulan September

oleh SALINA JALIL|
Sehingga bulan September lalu, Proton mengumumkan bahawa mereka berjaya mencatatkan satu lagi kejayaan dengan melepasi jumlah jualannya pada 2018. Sebanyak 70,330 unit kenderaan telah didaftarkan setakat ini (termasuk domestik dan eksport) berbanding hanya 64,744 unit pada tahun lalu.

 

Proton mencapai kadar pertumbuhan sebanyak 97 peratus berbanding 4,524 unit pada bulan yang sama tahun lepas. Pegangan pasaran pula dianggarkan sebanyak 20.2 peratus dan angka ini merupakan yang tertinggi dalam tempoh 66 bulan, sekaligus membantu meningkatkan pegangan pasarannya setakat ini sebanyak 15.8 peratus pada tahun ini.

 

Model terlaris Proton pada bulan September adalah Saga dengan 3,994 unit telah diserahkan kepada pemiliknya. Ia merupakan jumlah tertinggi bagi sebuah model Proton pada 2019. Ini secara tidak langsung menjadikan Saga sedan segmen A terlaris di Malaysia setelah hampir tiga tahun didominasi oleh pesaingnya.
 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, hanya 9 bulan diperlukan untuk mengatasi jumlah jualan tahun 2018 dan apa yang lebih penting, Saga telah kembali di kedudukan nombor satu dalam segmennya meskipun baharu dilancarkan kurang dari dua bulan.

 

X70 masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai SUV paling laris dalam kelasnya dan untuk meraikannya, Proton kini memberi tawaran tambahan kepada pembeli pada bulan Oktober.

 

Sehingga akhir bulan September, Proton kini mempunyai 104 buah cawangan 3S/4S di Malaysia. Bagi memastikan tahap perkhidmatan ditawarkan selaras dengan model premiumnya, mereka terus melabur dalam program latihan untuk kakitangan jualan dan servis.

 

Keberkesanan program ini diukur melalui skor Indeks Khidmat Jualan (SSI) dan Indeks Khidmat Pelanggan (CSI) setiap cawangan, bagi mengira skor keseluruhan yang dicapai oleh syarikat.

 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jomo menerangkan ada banyak propaganda untuk menerima CTPP yang berdasarkan informasi yang tidak…
Berita Domestik
  Bagi pegangan pasaran pula, ia dianggarkan pada 16 peratus, dengan kenaikan sebanyak 5.2 peratus…
Berita Domestik
  Setakat ini, Proton mempunyai sebanyak 104 buah cawangan 3S & 4S di seluruh negara,…