Proton Saga homagE 2020 - EV rakyat dengan elemen Saga generasi pertama

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proton Saga merupakan anak sulung pertama hasil kerjasama Proton dan Mitsubishi yang dibangunkan berdasarkan Lancer Fiore sedan pada tahun 1985. 

Reka bentuk kekotakan, ringkas dan selesa, ia telah menjadi nadi utama keluarga-keluarga di Malaysia (termasuk penulis) ketika era permulaan Proton. 
 


Jadi, bagaimana jika Proton menghasilkan sebuah produk kereta elektrik yang dikhususkan untuk golongan kebanyakan di Malaysia? 

Memperkenalkan Proton Saga homagE 2020, dan jika anda tidak pernah mendengar nama ini, kami tidak menyalahkan anda kerana Proton sendiri tidak pernah mempunyai perancangan untuk menghasilkan kereta elektrik buat masa ini. 
 


Sebaliknya, idea Proton Saga homagE 2020 ini datang dari pakar manipulasi imej negara, Theophilus Chin, sebagai penghormatan kepada generasi pertama Proton Saga. 

Bukan sekadar warna yang serupa, Theophilus juga banyak membawakan elemen Saga generasi pertama kepada hasil karya beliau terkini, termasuklah menggambarkan rim tersebut dengan elemen rim cap Saga generasi pertama berwarna biru itu. 


 


Kebiasaannya, sukar untuk para pereka menggabungkan elemen kotak kepada kenderaan generasi baharu, namun Theophilus Chin berjaya mengekalkan elemen lampu utama hadapan dan ditambah dengan gugusan LED di bahagian bawah.

Ingatkah anda rekaan gril Proton Saga yang kecil itu?

Pada Proton Saga homagE 2020 ini, Theophilus Chin sekali lagi menunjukkan kepakarannya mengekalkan elemen tersebut, sesuai dengan kebanyakan tema kereta EV yang tidak mempunyai rekaan gril hadapan. 
 


Jika mata anda tajam, anda boleh melihat penambahan perkataan Proton pada lampu utama, serta elemen signatur Geely iaitu Infinite Weave di bahagian gril hadapan tersebut. 

Selain daripada rekaan arca roda belakang, Theophilus Chin juga berjaya menjadikan reka bentuk belakang Saga homagE ini seringkas yang mungkin, dengan penambahan perkataan Proton melintangi bahagian tersebut. 

Menurut Theophilus, beliau banyak mengambil inspirasi rekaan daripada Dacia Logan memandangkan terdapat beberapa persamaan antara model tersebut dengan Saga generasi pertama. 

Konsep elemen retro pada kenderaan moden bukanlah satu perkara yang baharu.
 


Sebelum ini, Honda telah memperkenalkan hatchback EV yang diinspirasikan daripada Civic generasi pertama (Honda e) dan Peugeot juga turut mengambil jalan serupa dengan e-Legend (gambar di atas). 

Jadi, tiada peliknya apabila ikon-ikon sesebuah pengeluar diterjemahkan semula kepada satu produk baharu dan bagi penulis, Theophilus telah melakukan satu kerja yang sangat-sangat bagus bagi menjadikan Saga ini satu realiti. 

Itupun sekiranya Proton sudi melihat idea ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad berkata, mangsa yang beralamat di Taman Desa…