Proton Saga 2019 - pelancaran rasmi 6 Ogos ini!

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, para media automotif Malaysia sudah mula menerima jemputan ke majlis pelancaran model facelift marhaen yang ditunggu-tunggu, Proton Saga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis pelancaran tersebut dijangka akan berlangsung pada 6 Ogos ini bakal menyaksikan Proton Saga facelift bakal mengakhiri siri pengenalan model-model yang telah diberikan nafas baharu buat rakyat Malaysia, selepas Proton Iriz, Persona, dan juga Exora. 

Setakat ini, Proton Saga masih kekal dengan nadi 1.3 liter namun digandingkan dengan transmisi baharu automatik empat kelajuan yang diperoleh daripada Hyundai PowerTech. 

Rekaan gril seperti biasa membawakan elemen-elemen yang ada pada adik beradiknya tahun ini, manakala bumper baharu juga turut memperlihatkan ciri lampu nyalaan siang LED di bahagian bawah.
 


Paling ketara, rekaan rim juga turut diberikan nafas baharu menjadikan Saga sebuah sedan yang lebih sporti berbanding model sebelum ini. 

Di ruang dalaman pula, Proton Saga menampilkan ciri unit hiburan jenis terapung di bahagian tengah, manakala corong pendingin hawa telah diposisikan sedikit rendah berbanding sebelum ini. 

Panel meter juga diberikan rekaan baharu yang sama seperti apa yang diperlihatkan pada Proton Exora 2019.

Apa yang bakal menarik perhatian adalah bagaimana Proton mahu memposisikan harga jualan bagi sedan segmen A+ ini, memandangkan Proton Iriz mengalami penurunan harga yang sangat ketara bermula dari RM36,700. 

 


Sebagai perbandingan, harga jualan Proton Saga terkini bermula dari RM33,591 untuk varian Standard MT sehinggalah kepada RM41,847.00 untuk varian Premium CVT. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad berkata, mangsa yang beralamat di Taman Desa…