Proton raih jualan 11,392 kenderaan untuk bulan Oktober

oleh SALINA JALIL|
PROTON Holdings Bhd (Proton) meraih jualan 11,392 unit kenderaan pada Oktober, sekali gus menjadi langkah dianggap cemerlang bagi memulakan suku terakhir tahun ini.


Proton dalam satu kenyataan, berkata jualan pada Oktober yang dicatatkan syarikat yang menjadi angka positif dalam tempoh bulan kelima berturut-turut adalah 20 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu, tetapi menyusut sedikit sebanyak 4.6 peratus berbanding September.

 

Katanya, bagi tempoh 10 bulan tahun ini, pengeluar kereta nasional itu sudah menjual sebanyak 84,999 unit, 6.2 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu, dengan penguasaan pasaran dianggarkan mencecah 21.3 peratus.

 

"Walaupun jualan pada Oktober menurun berbanding dengan bulan lalu, tiga model Proton masih lagi mendahului segmen masing-masing. Proton Persona, yang menghadapi sebilangan pesaing baru pada tahun 2020, tetap mendahului pasaran sedan segmen-B dengan 2,360 unit manakala Proton X70 pula telah mencapai 2,216 unit untuk kekal sebagai SUV terlaris di Malaysia.

 

"Proton Exora juga kekal di hadapan pasaran MPV segmen-C, membuktikan pasaran untuk kenderaan besar yang mempunyai tujuh tempat duduk masih wujud walaupun jualan SUV semakin menambah," katanya.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, berkata penambahan kadar pelancaran model baru dan jumlah jualan Oktober adalah antara tanda pemulihan pasaran automotif Malaysia.

 

"Kami menganggarkan Jumlah Pengeluaran Keseluruhan Industri (TIV) bulan ini akan melebihi 57,000 unit, jumlah kedua tertinggi bagi tahun 2020 dan ini bukti ketara pemulihan industri.

 

"Proton amat bersyukur kerana jualan bulanan bertambah berbanding dengan tahun lalu dan penambahan pula amat stabil, tetapi kami yakin boleh mencapai prestasi yang lebih tinggi.

 

"Kajian terhadap prestasi jualan secara terperinci menunjukkan jualan telah menurun secara mendadak di Malaysia Timur manakala di Wilayah Tengah pula tiada penambahan berbanding dengan bulan September," katanya.

 

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Yang pasti, untuk model kemaskini terbaharu ini, Proton telah banyak membawakan penambahbaikan bagi…
Berita Domestik
Tertuduh, A R Sathiya Ganes, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara…
Berita Domestik
Peraduan ini boleh disertai dengan hanya menempah mana-mana model Proton baharu (Saga, Persona,…