Proton perkenal skim harga sementara sehingga 31 Mei 2018

oleh Mohamad Hanif|
Merujuk kepada pengumuman kerajaan yang terbaharu iaitu penetapan kadar GST kepada sifar peratus yang akan berkuatkuasa bermula 1 Jun 2018, pihak Proton kini mengumumkan menawarkan skim harga sementara bagi melindungi dan memastikan pelanggannya mendapat faedah daripada perubahan dasar tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bemula dari 16 Mei sehingga 31 Mei 2018, kesemua kereta Proton yang berjaya didaftarkan akan menerima baucer perkhidmatan yang bersamaan dengan nilai perbezaan antara harga semasa dan harga baharu selepas kadar sifar GST berkuatkuasa.
 


Selain itu, diskaun 6% bagi servis berkala juga akan diberikan kepada para pemilik Proton yang membawa kereta mereka untuk diservis di pusat servis yang diiktiraf. 

Inisiatif di atas akan bermula pada 19 Mei sehingga 31 Mei 2018. Mana-mana pelanggan yang telah terdahulu menghantar kereta mereka pada tarikh 16 - 18 Mei boleh mendapatkan diskaun 6% tersebut bagi servis yang akan datang tertakluk kepada terma dan syarat. 

Tawaran ini merupakan tambahan kepada penawaran promosi Kosong-kosong sedia ada bagi pembeli Proton Iriz (varian Exec dan Premium), Proton Ertiga (semua varian) dan Proton Exora (semua varian). 

Pembeli model di atas yang membuat pinjaman selama 9 tahun bersama Hong Leong Bank akan layak menerima pembiayaan tanpa faedah untuk tahun pertama.

 


Manakala bagi pelanggan yang memilih Proton Saga dan Proton Persona dengan pembiayaan 7 tahun bersama PROTON Commerce juga layak menerima ansuran percuma selama 3 bulan tertakluk kepada terma dan syarat. 

Menurut Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PROTON, "Walaupun kadar sifar GST hanya bermula pada 1 Jun, ganjaran ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sokongan pelanggan kami terhadap Proton bersempena bulan Ramadhan yang menjelang."

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…