PROTON lancar inisiatif penarafan 5 bintang pada khidmat selepas jualan

oleh Firdaus Razani|
PROTON telah melancarkan initiatif penarafan 5 bintang untuk meningkatkan lagi tahap perkhidmatan selepas jualan untuk pelanggan di cawangannya di seluruh negara.

Inisiatif baharu ini mengiktiraf pengedar Proton yang telah mencapai tahap cemerlang bagi perkhidmatan selepas jualan dan merupakan lanjutan daripada inisiatif PROTON Operational Excellence (POE).

Inisiatif PROTON Operational Excellence (POE) telah dimulakan pada 6 Mac 2023.

 

proton

 

Pengiktirafan baharu ini akan diberikan berdasarkan skor POE dan kualiti perkhidmatan bagi menggalakkan semua cawangan untuk mencapai dan mengekalkan tahap perkhidmatan dan kepuasan pelanggan yang tinggi.

Kualiti perkhidmatan dinilai dalam dua kategori iaitu kelajuan dan pematuhan SOP dan ini kemudiannya dinilai dalam enam bidang tumpuan.

 

proton

 

Matlamatnya adalah untuk menguruskan keprihatinan pelanggan di cawangan dengan berkesan dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik.

Inisatif POE PROTON menekankan pematuhan kepada syarat-syarat seperti proses perkhidmatan, kecekapan juruteknik, inventori stok dan pengurusan pelanggan.

 

proton

 

Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan prestasi perniagaan cawangan dan menambah baik kecekapan operasi pusat perkhidmatan di seluruh negara.

Setiap cawangan diberi penilaian pada setiap bulan dan hasilnya dikongsi dengan semua cawangan lain untuk menunjukkan dengan jelas kedudukan mereka dalam rangkaian.

Bahagian selepas jualan PROTON juga bekerjasama rapat dengan cawangan untuk meningkatkan perkhidmatan mereka secara proaktif dengan roadshows suku tahunan diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada pencapaian terbaik serta mengukuhkan prestasi dengan perkongsian amalan terbaik.

 

proton

 

Dengan permulaan inisiatif penarafan 5 bintang, lima pengedar Proton akan dianugerahkan pengiktirafan tertinggi setiap bulan, menandakan mereka sebagai pusat kecemerlangan selepas jualan dan perkhidmatan pelanggan.

Untuk memastikan pariti dan penerimaan daripada rangkaiannya, KPI untuk inisiatif itu ditetapkan berdasarkan maklum balas daripada semua cawangan serta penandaarasan amalan terbaik daripada OEM lain.

Bagi menandakan permulaan inisiatif 5 bintang, acara pelancaran telah diadakan di Melinau Auto di Kuching, salah satu daripada tiga cawangan PROTON yang diberi pengiktirafan baharu selepas memenuhi semua syarat.

 

proton

 

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata “Kami akan terus melabur dalam perkhidmatan pelanggan dan operasi selepas jualan di semua cawangan untuk memastikan kakitangan yang berurusan dengan pelanggan mampu menyampaikan tahap kepuasan tertinggi kepada pelanggan.

 

proton

 

“Kami akui penawaran rangkaian model premium spesifikasi tinggi pada harga kompetitif mampu menarik pelanggan ke bilik pameran, tetapi menyampaikan perkhidmatan pelanggan akan memberi peluang untuk membina kesetiaan pelanggan kepada jenama dan membuka pintu untuk pembelian berulang,” tambahnya.

Selepas pelancaran inisiatif 5-bintang, senarai cawangan yang diiktiraf akan diterbitkan di laman web korporat PROTON, www.proton.com, dan disertakan dengan lencana tersendiri untuk pengiktirafan pengedar.

Berita Berkenaan

Informasi
"Rangkaian model pintar kami memaparkan sejumlah besar teknologi keselamatan pasif serta aktif,…
Berita Domestik
Sebanyak 62,697 unit telah terjual untuk lima bulan pertama yang sekaligus telah mengukuhkan…
Berita Domestik
"Walaupun (2024) X50 ini nampak sama pada luarannya, namun sebenarnya terdapat kira-kira 20…