PROTON CATAT REKOD JUALAN BAHARU UNTUK PASARAN EKSPORT DI BRUNEI

oleh Firdaus Razani|
Selepas mencatat prestasi jualan tempatan terbaik sejak tahun 2012 dengan menjual lebih 150,000 unit pada tahun 2023, PROTON turut menunjukkan peningkatan jualan bagi pasaran eksport di Brunei Darussalam pada tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peningkatan cemerlang itu merekod sebanyak 789 unit kenderaan Proton dijual di Brunei meningkat sebanyak 87 peratus berbanding tahun 2022 yang hanya menjual sebanyak 422 unit sahaja.

Prestasi itu melonjakkan jenama Proton ke tangga kelima keseluruhan dalam jadual jualan dan memperoleh pegangan pasaran sebanyak 5.4 peratus dan meningkat 2.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jumlah Volum Industri (TIV) bagi negara tersebut ditutup pada 14,640 unit untuk tahun 2023, peningkatan daripada 13,000 unit bagi tahun 2022.

 

proton

 

SUV Segmen-B Proton X50, menjadi model yang banyak dijual di Brunei dengan sebanyak 476 unit terjual pada tahun 2023, merangkumi kira-kira 60 peratus daripada jumlah jualan Proton dan ketiga keseluruhan untuk segmen pasarannya.

Pengarah Bahagian Jualan Antarabangsa PROTON, Steven Xu berkata “Populariti Proton X50 di Brunei boleh dikaitkan dengan komunikasi yang jelas tentang nilai dan cirinya, serta ekuiti jenama kami.

PROTON bekerjasama rapat dengan pengimportnya, PAD Motors, untuk mempromosikan harga kompetitif dan ciri-ciri unggul model tersebut berbanding pesaingnya di samping menawarkan pakej kewangan untuk memudahkan pembelian.

Tambahan itu, hasil daripada usaha promosi dan penjenamaan, model Proton lain turut disenaraikan dalam tempat 10 teratas segmen masing-masing pada tahun 2023.

 

proton

 

Proton Persona dan Iriz berada di kedudukan keenam dan kelapan untuk kereta segmen B manakala Proton X90 menduduki tempat ketujuh untuk SUV segmen D walaupun dijual kurang daripada setengah tahun.

Menjadikan pencapaian pada 2023 sebagai tanda aras baharu, kedua-dua PROTON dan PAD Motors yakin untuk mencapai lebih daripada 1,000 unit jualan di Brunei pada tahun 2024.

 

proton

 

Kunci untuk mencapai matlamat tersebut adalah selepas pelancaran Proton S70 serba baharu, yang dijangka berlaku sebelum hujung Februari.

Negara itu merupakan pasaran antarabangsa pertama yang menerima model itu dan 15 unit telah dihantar ke sana bulan lepas menjelang pelancaran rasminya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…