Proton catat rekod jualan 11,411 unit untuk bulan November

oleh SALINA JALIL|
Proton Holdings Bhd (PROTON) merekodkan jualan 11,411 unit pada November, meningkat 18 peratus berbanding bulan sama tahun lalu.


Prestasi di peringkat domestik dan eksport memberangsangkan yang dicatatkan pengeluar kereta nasional itu menyaksikan jumlah jualan mencecah 96,410 unit pada 2020, bersamaan peningkatan 7.5 peratus berbanding tahun lalu dengan penguasaan pasaran dianggarkan sebanyak 20.1 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, berkata walaupun jualan bagi model Proton lain menurun sedikit berbanding Oktober, penghantaran Proton X50 kepada pembeli telah meningkat kepada 1,756 unit.

 

Katanya, pencapaian kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak Proton itu telah menempatkannya sebagai model SUV segmen-B (lima tempat duduk) terlaris di Malaysia.

 

"Dengan jumlah jualan 2,157 unit Proton X70 dalam bulan dikaji, Proton telah menyandang tempat pertama SUV terlaris secara keseluruhan.

 

"Jualan kenderaan di Malaysian melebihi jangkaan yang dibuat pada awal tahun ini dan anggaran kami adalah Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) melebihi 56,000 unit bagi tiga bulan berturut-turut," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

 

roslan abdullah

 

Mengulas lanjut, Roslan berkata, tawaran akhir tahun biasanya diberi oleh jenama kenderaan menjadi antara sebab fenomena jualan yang dicapai industri, di tambah dengan insentif pengecualian cukai jualan dan pelancaran model baru seperti Proton X50 telah meningkatkan jumlah jualan.

 

"Bagi Proton, tumpuan kami tetap pada kualiti produk dan khidmat pelanggan supaya kami boleh menghasilkan produk dan pengalaman pelanggan yang unggul. Kami akui, kadar penghantaran Proton X50 masih belum sampai tahap maksimum, tetapi kami sentiasa berjaga-jaga untuk memastikan pelanggan menerima produk terbaik yang memenuhi harapan mereka.

 

"Namun demikian, jumlah kenderaan yang dihasilkan akan meningkat tiap-tiap bulan untuk mengurangkan tempoh menunggu pada masa kini, kami berharap pelanggan boleh bersabar," katanya.

 

Beliau berkata, Proton memiliki cita-cita untuk mengembangkan pasaran di luar negara, di mana penambahan jualan eksport adalah antara tonggak utama masa hadapan syarikat.

 

"Tahun 2020 sepatutnya memberi penambahan yang stabil tetapi rancangan ini telah terjejas oleh COVID-19. Namun demikian, pada akhir November, jumlah kenderaan Proton yang dieksport ke negara lain telah melebihi jumlah keseluruhan pada tahun lalu.

 

"Jualan eksport akan tetap sebagai salah satu tunggak utama Proton bagi tahun 2021 dan masa depan. Oleh kerana prestasi pasaran tempatan kami telah stabil, lebih penekanan perlu diberi kepada usaha menjadikan Proton jenama automotif serantau dan global.

 

"Sebagai syarikat automotif nasional, kami mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Apabila jumlah eksport meningkat, komuniti vendor tempatan akan mendapat manfaat juga. Oleh itu, kami akan membuat lebih banyak pengumuman mengenai aktiviti di pasaran luar negeri pada masa hadapan," katanya.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…