PROTON catat jualan sebanyak 10,999 unit pada Jun

oleh Firdaus Razani|
PROTON baru-baru ini telah menjual sebanyak 10,999 unit pada bulan Jun (domestik dan eksport) untuk mengekalkan kedudukan kedua dalam carta jualan automotif.

Jumlah jualan untuk bulan tersebut terganggu akibat penutupan kilang selama seminggu yang dirancang untuk peningkatan operasi berjadual.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Namun secara keseluruhan, syarikat mencapai pegangan pasaran sebanyak 19.1% untuk bulan lalu, sama dengan angka pegangan pasaran tahun sehingga kini (YTD).

Jumlah jualan untuk separuh pertama tahun 2024 ditutup pada 73,696 unit.

Jumlah volum industri (TIV) untuk bulan dijangka terendah untuk mana-mana bulan tahun ini.

 

proton

 

Sebanyak 57,700 unit dianggarkan terjual bulan lepas, lebih rendah daripada April yang sebelum ini digelar sebagai bulan terendah akibat cuti perayaan yang panjang.

Walau bagaimanapun, angka TIV untuk enam bulan pertama tahun 2024 dianggarkan sebagai 386,600 unit, hampir 20,000 unit lebih daripada tempoh yang sama pada tahun 2023 ketika TIV mencapai rekod tertinggi yang baru.

Jun merupakan bulan yang sibuk bagi PROTON selepas syarikat memberi tumpuan kepada langkah-langkah strategik yang akan memberikan hasil untuk jangka pendek dan panjang.

Selain daripada melancarkan jenama EV e.MAS, PROTON juga meraikan pelancaran kenderaan ke-lima juta dari barisan pengeluarannya dan melancarkan Proton X50 baharu, model SUV paling popular baginya.

 

proton

 

Hasilnya adalah peningkatan serta-merta dalam volum jualan Proton X50 dimana ia kembali ke tangga teratas kelas SUV segmen B dengan 1,711 unit terjual, prestasi yang terbaik selama tiga bulan.

Jumlah pengeluaran kenderaan dijangka akan meningkat selepas peningkatan operasi berjadual dan oleh itu, volum jualan juga dijangka akan melonjak pada bulan-bulan akan datang.

Proton S70, yang telah mendahului jualan sedan segmen C setiap bulan pada tahun 2024 dengan sebanyak 1,440 unit dijual pada bulan Jun untuk model PROTON yang menarik perhatian pembeli.

Proton Saga yang sentiasa popular mencatatkan jualan sebanyak 5,441 unit pada bulan Jun, menjadikan jumlah jualan YTD kepada 34,838 unit.

Secara purata, lebih daripada 5,800 unit telah dijual setiap bulan, menjadikannya salah satu kenderaan yang terlaris di negara.

Proton Persona pula catat 1,309 unit jualan pada bulan Jun memadai untuk menduduki tempat kedua teratas dan mengekalkan kedudukannya sebagai model sedan segmen B yang kedua terlaris tahun ini.

Bagi model-model yang lain, Proton X70 dan Proton X90 mencapai jualan sebanyak 481 unit dan 248 unit.

X70 akan menerima kemas kini menyeluruh pada akhir tahun ini manakala X90 semakin membina pengikut yang kukuh dalam pasaran SUV tujuh tempat duduk.

Sementara itu, Proton Iriz menamatkan bulan Jun dengan 369 unit terjual, menduduki tempat keempat dalam kategori hatchback segmen B.

 

proton

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima…
Berita Domestik
PRO-NET telah diberikan tanggungjawab yang penting dalam membangunkan jenama e.MAS bagi mengukuhkan…
Informasi
"Baru-baru ini, kami telah mengumumkan e.MAS sebagai jenama untuk produk EV Proton masa hadapan dan…