Proton buka tempahan dalam talian untuk SUV X70 - RM99 sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Bermula jam 10 pagi pada 17 Oktober, Proton telah melancarkan satu laman web khusus untuk membolehkan pelanggan menempah Proton X70 di mana-mana sahaja menggunakan peranti dengan kemudahan internet.

Selepas sesi pratonton bagi ciri-ciri sambungan dan teknologinya kepada media pada 11 Oktober, Proton X70 menetapkan satu lagi penanda aras dengan menjadi model Proton pertama yang boleh ditempah secara dalam talian.

Dengan penggunaan kad eSIM, sambungan Wi-Fi, aplikasi-aplikasi yang menawarkan perkhidmatan seperti radio dan muzik dalam talian, navigasi dan ramalan cuaca serta perisian pengecaman suara, perkhidmatan yang dilancarkan bersesuaian dengan SUV pertama Proton ini.

Pelanggan yang ingin menempah SUV perlu untuk memberikan butiran peribadi mereka, model dan warna pilihan serta bandar dan negeri di mana mereka ingin mengambil kereta mereka. Selepas bayaran tempahan dilakukan, juga secara dalam talian, resit yang dihasilkan oleh sistem akan dihantar kepada e-mel pelanggan.
 


PROTON kemudian akan melantik penasihat jualan untuk menguruskan pesanan dengan menghubungi pelanggan dalam tempoh tujuh hari bagi memproses tempahan.

Bagi tempahan yang dibuat di mana-mana cawangan PROTON, bayaran penuh akan dikembalikan sekiranya pelanggan mengubah fikiran mereka.

Sempena pelancaran portal tempahan dalam talian ini, PROTON juga akan berkongsi maklumat lengkap mengenai Proton X70 di laman sesawangnya termasuklah spesifikasi untuk setiap varian model.

Maklumat ini akan membantu pelanggan membuat keputusan, terutamanya berkaitan pilihan variasi dan warna, sama seperti mereka berkunjung ke bilik pameran dan menyaksikan aktiviti penjualan yang sebenar.
 


PROTON akan mengadakan jualan kilat atau flash sale dari 17-19 Oktober untuk mempromosikan penggunaan platform baharunya.

Dalam tempoh promosi selama tiga hari tersebut, pelanggan yang menempah Proton X70 melalui dalam talian hanya perlu membayar yuran tempahan sebanyak RM99.

"Selepas mengkaji pilihan pengguna dan trend pasaran, Proton percaya bahawa inilah masa yang tepat untuk menawarkan kemudahan tempahan dalam talian kepada pelanggan. Platform ini membolehkan tempahan dibuat dari mana-mana sahaja mereka berada sekiranya terdapat sambungan Internet.

"Proton juga akan memberi ganjaran kepada mereka yang membuat tempahan sebelum pelancaran Proton X70. Ganjaran ini berupa hadiah istimewa untuk semua pelanggan awal tidak kira sama ada mereka menempah melalui dalam talian atau di cawangan kami," kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.
 


Orang ramai boleh melayari laman web khas Proton X70 di alamat www.proton.com/ProtonX70 untuk mempelajari dengan lebih lanjut spesifikasi SUV pertama Proton. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan Auto News yang memetik informasi dari Geely berkata, para pelanggan akan mula menerima unit…
Berita Domestik
Perubahan yang dibawakan lebih kepada kemas kini aspek kosmetik dan luaran pada sedan segmen C ini…
Berita Domestik
Resipi Proton untuk model kembar Iriz dan Persona untuk tahun ini masih lagi menyengat apabila…