Proton bekerjasama dengan syarikat pembidaan atas talian

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Proton baru-baru ini telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan tiga Syarikat Pembidaan Dalam Talian (E-Bidding Company/EBC) yang terkenal untuk memudahkan proses penjualan kereta tukar beli untuk pelanggan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan perjanjian bersama EBC termasuk myTukar, MUV dan CARSOME, Proton yakin ia merupakan langkah penting ke arah cara yang lebih pantas dan cekap untuk pelanggan memiliki kereta baharu.

 

2

 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, "Kami sangat teruja untuk bergabung tenaga dengan myTukar, MUV dan CARSOME kerana kami percaya ini mengubah pengalaman tukar beli untuk pelanggan kami."

"Dengan memanfaatkan kepakaran mereka dalam platform e-dagang dan bidaan, EBC menawarkan pelanggan kami penyelesaian yang lancar dan boleh dipercayai untuk menjual kereta mereka, sambil turut menerima nilai tukar beli yang kompetitif."

 

3

 

Memandangkan jumlah jualan Proton terus meningkat, keperluan bagi menawarkan cara yang lebih baik untuk menukar dan melupuskan kereta lama pelanggan telah menjadi jelas.

Perjanjian itu dijangka memberikan pelanggan pelbagai faedah, termasuk kemudahan yang dipertingkatkan, kebolehpercayaan, nilai tukar beli yang kompetitif, ketelusan dalam penetapan harga, pembayaran yang selamat dan pemindahan pemilikan, lelongan harian, penjualan yang lebih pantas dan pemeriksaan menyeluruh.

 

4

 

Kerjasama Proton dengan EBC akan membolehkan pelanggan menghantar kenderaan mereka untuk dilelong melalui platform dalam talian yang mesra pengguna.

Ia mengurangkan keperluan pelanggan untuk melawat berbilang pengedar atau berunding dengan bakal pembeli, sekaligus menjimatkan masa mereka.

 

5

 

Melalui sistem lelongan yang adil dan terbuka, pelanggan akan dapat menerima nilai tukar beli yang kompetitif untuk
kenderaan mereka.

Model penetapan harga yang telus memastikan pelanggan boleh membuat keputusan termaklum semasa proses tukar beli manakala proses pembayaran dan pemindahan pemilikan dipercepatkan untuk mengurangkan potensi kelewatan atau komplikasi, memberikan pelanggan pengalaman yang lancar.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…