Proton akhirnya bersara - daripada industri angkasa lepas

oleh Mohamad Hanif|
Jangan salah anggap, Proton yang dimaksudkan di dalam artikel ini merupakan sebuah roket binaan Russia yang telah menjalankan kerja-kerja mengangkut muatan ke angkasa sejak 53 tahun yang lalu.

Malah, stesen angkasa yang pertama diangkut daripada bumi ke angkasa lepas menggunakan khidmat roket Proton. 
 


Dikenali dengan nama rasmi UR-500, roket Proton memulakan kerjayanya pada tahun 1962 sebagai heavy lifter dua tahap yang mengangkut Intercontinental Ballistic Missile (ICBM) yang mampu membawa 100 mega tan senjata thermonuklear sebelum ditukarkan kepada pengangkut tiga tahap pada tahun 1965 yang mampu menghantar angkasawan mengelilingi orbit bulan. 

Proton mempunyai dua lagi varian roket yang telah ditambah baik yang dikenali dengan nama Proton-K (1967-2012) dan Proton-M (2001-2018) dengan tarikh penerbangan akhir ke angkasa lepas dicatatkan pada 18 April 2018. 
 


Semenjak pengenalan Apollo 8 daripada Amerika Syarikat, peranan Proton semakin mengecil dan sejak daripada itu, roket tersebut menjadi kuda kerja bagi mengangkut muatan termasuklah panel satelit, stesen angkasa, dan prob untuk misi ke Bulan, Marikh dan Zuhrah. 

Kini, dengan persaingan daripada Falcon 9 dan masalah kawalan kualiti yang kurang memuaskan (isu yang ironi untuk nama Proton), roket daripada Russia ini dilihat semakin kurang menyengat. 

Ditambah pula dengan penggunaan bahan api yang sangat berbahaya dan mencemarkan alam sekitar seperti nitrogen tetroxide dan unsymmetrical dimethylhydrazine sebagai bahan api menyebabkan persaraan roket Proton semakin cepat, oleh kerana kebanyakan roket moden kini menggunakan bahan api RP-1 (kerosin) yang lebih mesra alam dan kurang berbahaya. 
 


Dengan persaraan roket Proton, maka kompleks pelancaran Cosmodrome di Baikonur, Kazakhstan akan turut ditutup dan Russia kini merancang untuk membawa kesemua fasiliti tersebut berpindah ke tapak baharu di Plesetsk di dalam jajahan Russia itu sendiri. 

Peranan Proton kini digantikan oleh roket pengangkut jenis Angara yang lebih mudah dan murah (tidaklah semurah membeli sebuah Perodua) untuk diselenggara berbanding penggunaan Proton. 
 

Sumber: Jalopnik dan Wikipedia

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Lebih kurang 30 kelab kenderaan menyokong aktiviti tersebut dan ia tidak hanya membabitkan…
Berita Domestik
Pertengahan bulan yang lalu, kami diberikan peluang untuk menemuramah Encik Shantanu Majumdar,…
Hezeri Samsuri
Malaysia contohnya sudah mempunyai spesifikasi dan standard homologasi yang paling ketat dan paling…