Projek HSR KL - Singapura: Kerajaan teliti kesan penarikan firma Jepun

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan akan meneliti kesan penarikan diri firma Jepun daripada projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura terhadap projek berkenaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita akan lihat.. Saya baru terima laporan sebentar tadi," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Desa Pinggiran Putra, di Sepang pada Jumaat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut laporan agensi berita Jepun, Kyodo News yang memetik sumber, syarikat negara itu memutuskan untuk menarik diri kerana berpendapat ia akan menjadi terlalu berisiko tanpa sokongan kewangan kerajaan Malaysia.

Pada Julai 2023, MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR) melancarkan proses Permintaan Maklumat (RFI) bagi membolehkan sektor swasta mengemukakan secara rasmi cadangan konsep HSR KL-Singapura melalui model perkongsian awam swasta.

Pelaksanaan proses RFI itu juga menandakan inisiatif kerajaan dalam usaha melaksanakan semula projek HSR KL-Singapura menerusi mekanisme pembiayaan dan model pelaksanaan yang baharu, selain usaha untuk mempertingkat infrastruktur pengangkutan rel dan merancakkan ekonomi negara.

Tarikh akhir penyerahan RFI bagi projek HSR KL-Singapura telah dilanjutkan sehingga 15 Januari 2024, berbanding tarikh asalnya yang ditetapkan pada 15 November 2023.

Pada 27 Julai 2023, MyHSR Corp telah mengadakan taklimat RFI untuk projek HSR, yang dikatakan menarik lebih 700 peserta tempatan dan asing.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, firma yang menghantar RFI itu termasuk beberapa syarikat pengangkutan utama dari China dan…
Informasi
Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa lebih 60 peratus syarikat, yang menyatakan…
Informasi
Menteri Kedua Hal Ehwal Luar republik itu, Dr Mohamad Maliki Osman berkata, pihaknya akan membuka…