Project Rowdy - Defender V8 dengan warna British Racing Green!

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lalu, kami ada menyiarkan artikel berkenaan sebuah projek modifikasi Defender yang digelar sebagai Project Punisher dari East Coast Defender, pakar penala yang khusus untuk model Defender dari Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk projek terbaharu mereka, East Coast Defender Automotive Design membawakan sebuah lagi Defender 110, namun dengan pendekatan yang sedikit berbeza dan masih lagi berbisa!

 


Digelar sebagai Projeck Rowdy, Defender ini menampilkan rupa luaran yang radikal dengan layangan warna British Racing Green, serta rangka eksoskeleton bertujuan untuk melindungi bahagian bumbung daripada kemalangan roll-over.

Jika Project Punisher diberikan nadi LS9 bentangan V8, Project Rowdy ini diberikan nadi LS3 bentangan V8 berkapasiti 6.2 liter yang mampu menjana 565 kuasa kuda yang bising dan garang, sesuai dengan nama 'Rowdy' itu tadi.

 


Selain daripada nadi LS3, ECD turut melengkapkan Defender ini dengan sistem suspensi udara, serta set rim bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar BF Goodrich All-Terrain.

Sementara rupa luaran yang garang dengan warna hijau ikonik itu tadi, ruang dalaman pula tampil dengan kemasan yang lebih premium, dimulakan dengan penggunaan bahan kulit beige pada tempat duduk Recaro dan stereng kemasan kayu Evander.

 


Ruang kargo SUV off-road ini turut hadir dengan ruang penyimpanan gelas serta botol minuman keras.

Sistem infotainmen pula didatangkan dengan unit daripada Alpine yang turut menawarkan sambungan kepada Apple CarPlay dan diakhiri dengan unit audio daripada Infinity Kappa Speaker System.

Sumber: ECD Automotive Design

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, mereka yang berada di dalam golongan tangan gatal perlu mengambil inisiatif berjumpa dengan…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…