Produksi Hyundai Sonata 2020 bermula di Alabama

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai pada hari ini memperkenalkan secara rasmi sedan Sonata 2020 pada acara Miami International Auto Show yang ke-49, sekaligus menandakan bermulanya produksi sedan paling berjaya pengeluar tersebut di rantau selatan benua Amerika.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Fasa pemasangan Hyundai Sonata 2020 bertempat di fasiliti Hyundai Motor Manufacturing Alabama (HMMA) manakala penjualannya pula akan bermula lewat bulan ini. 

Menurut Steve Flood, pengurus besar serantau Hyundai Motor America berasa berbangga memperkenalkan Hyundai Sonata di Miami International Auto Show kerana rantau selatan ini merupakan antara pasaran terbesar dan paling bernilai buat Hyundai. 

 


Hyundai Sonata 2020 merupakan sedan pertama yang direka berdasarkan falsafah rekaan terbaharu Hyundai iaitu Sensuous Sportiness di mana ia mentransformasikan sebuah sedan menjadi sebuah coupe empat pintu yang lebih sporty. 

Selain daripada itu, ia juga turut menggambarkan fokus Hyundai dalam mencipta nilai emosi berdasarkan perkadaran, stail dan teknologi dalam sebuah sedan. 

 


Model Sonata juga merupakan model pertama yang dibangunkan berdasarkan pelantar kenderaan inovatif baharu Hyundai, di mana ia menjanjikan casis yang lebih ringan, namun masih mampu menawarkan kekuatan yang setanding, lebih selamat, serta memberikan perasaan pemanduan yang lebih berkualiti 

Untuk pasaran Amerika Syarikat, Hyundai Sonata ditawarkan dalam dua enjin petrol Smartstream, iaitu enjin 2.5 liter NA GDI menghasilkan 191 hp dan 245 Nm, manakala enjin 1.6 liter turbo pula menghasilkan 180 hp dan 254 Nm. 
 


Kedua-dua nadi ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan yang memacu roda hadapan. 

Antara ciri keselamatan yang dimuatkan selain daripada sembilan beg udara termasuklah:

  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan
  • Bantuan Pengekalan Laluan
  • Bantuan Pelayaran Pintar Termaju
  • Bantuan Pemanduan Lebuhraya
  • Sistem Pemantauan Titik Buta
  • Amaran Pelanggaran Titik Buta
  • Bantuan Keluar Selamat
     


Harga jualan hanya akan diumumkan dalam masa terdekat. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
Di Amerika Syarikat, terdapat ura-ura Hyundai Motor Group mahu menghentikan penjualan bagi tiga…
Berita Global
Hanya 1,000 unit sahaja yang akan diproduksikan di mana sedan segmen D ini menampilkan kemasan…