Hyundai Sonata N Line Night Edition 2022 - gelap habis!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk pasaran Amerika Syarikat, Hyundai baru-baru ini melancarkan model sporti edisi terhad yang dinamakan sebagai Sonata N Line Night Edition 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hanya 1,000 unit sahaja yang akan diproduksikan di mana sedan segmen D ini menampilkan kemasan hitam dengan membuang mana-mana kemasan berasaskan krom yang nampak macam kereta orang tua.

Pakej tersebut turut merangkumi komponen plastik bertetulang gentian karbon pada spoiler lip belakang dan cap tengah rim, sementara lencana bahagian luaran pula diberikan kemasan krom gelap.
 

Sonata N Line


Cuma angkup brek sahaja dilayangkan warna merah di sebalik rim bersaiz 19 inci dengan kemasan hitam matte.

Bagi mereka yang tidak menggemari warna Phantom Black, terdapat juga pilihan warna Quartz White.

Dari segi kuasa, Hyundai Sonata N Line menampilkan enjin 2.5 liter turbo yang mampu menghasilkan 290 kuasa kuda dan 422 Nm daya kilas yang memacu roda hadapan menerusi transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan.
 

Sonata N Line


Apa yang membezakan Sonata N Line dengan Sonata standard adalah sistem brek cakera yang jauh lebih besar (345 mm depan, 325 mm belakang), serta talaan nisbah stereng yang lebih pantas.

Untuk ruang kabin pula, Sonata N Line menampilkan gandingan kulit Nappa dan suede mikrofiber Dinamica, jahitan kontras merah dan juga kehadiran logo N, diikuti dengan kemasan trim krom gelap.

Skrin paparan instrumen digital bersaiz 12.3 inci dipadankan dengan skrin infotainmen bersaiz 10.25 inci yang lengkap dengan sistem navigasi dan sistem audio Bose dengan 12 pembesar suara.
 

Sonata N Line


Pakej Night Edition ini memerlukan anda menambah wang sebanyak $1,300 (RM5,408) kepada harga Sonata N Standard, iaitu $33,450 (RM139,152).

Baca: Pandu Uji Ringkas Hyundai Sonata 2.5 Premium