Produk pelincir baharu Caltex Havoline untuk motosikal, skuter

oleh Mohamad Hanif|
Caltex Havoline yang dipasarkan oleh Chevron Malaysia Limited baru-baru ini membawakan kembali promosi Ride Strong menerusi pengenalan produk pelincir generasi baharu dikhususkan untuk motosikal empat lejang dan skuter.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Produk baharu ini menjanjikan prestasi enjin yang maksimum selain menawarkan operasi yang lebih lancar untuk kebanyakan kondisi jalan raya di Malaysia.

Produk yang dimaksudkan adalah Havoline Super 4T dan SuperMatic 4T yang kini dilengkapi dengan teknologi C.O.R.E.+ yang telah dipertingkat, dan direka khusus untuk kegunaan terutama ketika dalam keadaan trafik mula-berhenti.

Hasil daripada penerapan teknologi ini memberikan pengalaman tunggangan yang lebih mengujakan dengan prestasi enjin yang lebih baik dan ciri yang mampu menjadikan enjin anda lebih bersih.

Selain daripada itu, teknologi ZOOMTECH juga turut diadaptasikan dengan ciri yang mampu meningkatkan kadar cengkaman klac dan mengelakkan gelincir terutama ketika kondisi beban yang tinggi, serta memastikan pengedaran kuasa yang maksimum bagi membantu pecutan.

Dalam usaha untuk memastikan produk tersebut mendatangkan lebih nilai kepada pengguna, keseluruhan barisan produk Havoline Super 4T dan SuperMatic 4T juga dipastikan memenuhi piawaian API SN yang mampu memberikan manfaat tambahan termasuklah perlindungan terhadap deposit omboh, pelinciran yang lebih baik serta ciri kawalan enapcemar terutama di dalam kondisi trafik urban.

Menerusi kempen Ride Strong bermula 1 November sehingga 31 Disember ini, pengguna motosikal boleh mendapatkan produk yang dimaksudkan di stesen minyak Caltex terpilih atau menerusi laman membeli belah dalam talian Shopee atau Lazada.

Setiap pembelian turut didatangkan dengan tuala mikrofiber percuma.

Maklumat lanjut berkenaan kempen Ride Strong 2020 ini boleh didapati di laman web www.caltex.com.my/ridestrong2020

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memulihkan minat dalam STEM (Science, Technology…
Berita Domestik
Gilbert juga akan berperanan ke atas jualan komersil dan runcit, serta pemasaran produk pelincir…
Berita Domestik
Antara hadiah utama yang ditawarkan berupa pakej percutian tempatan dan percuma bahan api untuk…