"Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) telah melaksanakan beberapa usaha untuk meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren. Tiga tren empat gerabak (bagi laluan Kelana Jaya) telah memulakan operasi pada September 2023.
"Baki 16 tren lagi akan diterima secara berperingkat sehingga Disember 2024 di bawah projek Kuala Lumpur Additional Vehicles 27 (KLAV27)," menurut kementerian itu dalam jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, pada Isnin.
Bagi laluan Transit Aliran Massa (MRT) Kajang pula, MOT memaklumkan penggantian roda tren sedang dilaksanakan dan kekerapan tren pada waktu puncak disasar akan bertambah baik dari enam minit kepada empat minit pada hujung Januari 2024.
Selain itu, kementerian memaklumkan Prasarana sedang melaksanakan beberapa inisiatif untuk LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Kajang termasuk program khas bagi membaik pulih komponen tren yang kerap mengalami masalah.
"(Antara masalah itu) penukaran tayar tren dan aktiviti penyelenggaraan yang berfokuskan kepada punca kegagalan tren semasa operasi untuk meningkatkan ketersediaan tren," menurut MOT.