Posaidon A 45 RS 525 - hot hatch berkuasa 525 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Umum mengetahui, jentera AMG A45 merupakan antara hot hatch yang dilengkapi dengan enjin turbo empat silinder sebaris paling berkuasa di dunia untuk produksi massa, 416 kuasa kuda dan 500 Nm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, bagi mereka yang tidak merasakan cukup dengan apa yang ada, bolehlah beransur-ansur merujuk kepada hasil kerja yang diperlihatkan oleh Posaidon, salah sebuah penala dari Jerman.

 


Ucapkan selamat datang kepada Posaidon A 45 RS 525, dan namanya turut mencadangkan kuasa kuda yang mampu dihamburkan oleh hot hatch kuning ini, 525 kuasa kuda.

Enjin asal M139 2.0 liter turbo itu telah dimodifikasikan dengan penggunaan unit turbo yang lebih besar, dan berupaya untuk menjana sehingga 600 Nm daya kilas kepada sistem pacuan semua roda AWD.

 


Prestasi pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 3.4 saat, lima saat lebih pantas berbanding AMG A 45 standard sebelum mencapai kelajuan tertinggi sekitar 324 km/j, satu angka yang cukup menakutkan bagi sebuah hot hatch kompak.

Posaidon turut menawarkan pelbagai jenis naiktaraf yang dikenali sebagai tracktool upgrade, terudiri daripada pemasangan sistem suspensi, brek, dan naiktaraf casis.

 


Tempat duduk belakang telah pun dibuang bagi memberikan laluan kepada sangkar keselamatan, sementara tempat duduk hadapan menerima racing harnesses.

Spring gegelung boleh laras dua cara turut dipasang pada keempat-empat sudut, sebelum diakhiri dengan penggunaan brek bersaiz 14.25 inci.

 


Jadi, dengan segala naiktaraf yang diberikan, bagaimana pula dengan prestasi atas jalan yang sebenar?

Menurut satu cubaan mengelilingi litar Nurburgring, Posaidon A 45 RS 525 ini dilihat mampu untuk mengejar jentera Porsche 911 GT3 RS.

Malah, Posaidon turut menganggap A 45 RS 525 ini mampu untuk mengelilingi litar Nurburgring dalam tempoh tujuh minit 20 saat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Enjin asal 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar yang menghasilkan 603 hp itu boleh mendapat tiga…