Racun dari Posaidon - Mercedes-AMG E 63 S Estate berkuasa 940 hp, 1,280 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Pakar penala dari Jerman, Posaidon kini memperlihatkan racun terbaharu mereka menerusi salah satu model estate yang terpantas, iaitu Mercedes-AMG E 63 S Estate.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin asal 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar yang menghasilkan 603 hp itu boleh mendapat tiga pakej naik taraf yang ditawarkan oleh Posaidon.

 


Naiktaraf pertama dinamakan sebagai RS 830 di mana ia merangkumi unit pengecasa turbo yang dipertingkatkan, penapis udara sports, sistem perpaipan dengan penukar bermangkin sports.

Malah, perisian pengurusan enjin dan transmisi juga telah ditala semula supaya ia berupaya menghamburkan kuasa setinggi 830 kuasa kuda dan 1,100 Nm daya kilas!

Naiktaraf ini membenarkan wagon ini memecut sepantas 3.2 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi di Autobahn 350 km/j.

 


Naiktaraf kedua pula digelar sebagai RS 830+, menawarkan kit yang sama seperti kit standard RS 830 akan tetapi dengan penambahan pengecas turbo jenis ball-bearing yang membolehkan wagon ini mencapai angka output 880 kuasa kuda dan 1,200 Nm.

Kit RS 830+ ini membolehkan anda memecut E 63 S Estate ini sepantas 3.1 saat dari pegun ke 100 km/j.

 


Modifikasi terakhir membawakan nama yang serupa (RS 830+) akan tetapi pihak Posaidon melakukan modifikasi terhadap kepala silinder dan valve seat, selain memasang sistem pancitan air/methanol.

Ini membolehkan wagon jahat ini menghamburkan kuasa setinggi 940 kuasa kuda dan 1,280 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j mengambil masa kurang dari tiga saat!

Posaidon turut menawarkan naiktaraf ringkas Powerbox tanpa sebarang perubahan mekanikal, di mana penawaran ini membolehkan enjin standard E 63 S Estate ini mengalami peningkatan kuasa kepada 707 hp dan 1,000 Nm.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, bagi mereka yang tidak merasakan cukup dengan apa yang ada, bolehlah beransur-ansur merujuk…