Porsche Taycan catat masa 7 minit 42 saat di Litar Nurburgring!

oleh Mohamad Hanif|
Nun jauh di Litar Neraka Hijau, atau Litar Nurburgring, Porsche Taycan kini membuktikan prestasinya yang memberangsangkan apabila berjaya mencatatkan standard baharu buat kereta sports elektrik empat pintu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dikendalikan oleh pemandu uji Lars Kern, Porsche Taycan berjaya menamatkan pusingan sejauh 20.6 kilometer sepantas tujuh minit dan 42 saat.

Ini merupakan ujian ketahanan ketiga yang dijalankan oleh Porsche ke atas Taycan setelah ujian pecutan 0-200 km/j sebanyak 26 kali berturut-turut dan ujian sejauh 3,425 kilometer dalam masa 24 jam di Litar Nardo.
 


Ujian di Litar Neraka Hijau ini bermula seawal fasa pembangunan menerusi simulator di mana para jurutera menguji prestasi Taycan secara maya. 

Salah satu tujuan dalam ujian maya ini adalah untuk mengenal pasti pengurusan haba serta sistem elektrik yang digunakan di mana kedua-dua ciri ini menyumbang kepada masa catatan yang terbaik. 

Menurut Naib Presiden Barisan Produk Taycan, Stefan Weckbach berkata, pelbagai faktor yang mempengaruhi kadar prestasi Taycan dan juga keberkesanan trenkuasa yang digunakan seperti contoh sistem kawalan casis 4D yang sangat aktif serta kadar aerodinamik Taycan. 
 


Selain daripada itu, Taycan juga merupakan kenderaan produksi pertama yang menggunapakai sistem tunjang berkuasa 800 voltan berbanding sistem standard 400 voltan, sekaligus memberikan kadar konsistensi prestasi yang lebih tinggi. 

Porsche Taycan didatangkan dengan dua buah motor elektrik - satu untuk setiap gandar - dengan sistem pacuan semua roda memberikan kawalan cengkaman yang lebih berbanding sistem konvensional. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…