Populariti SUV meningkat, segmen trak pikap di AS terancam!

oleh Mohamad Hanif|
Peningkatan trend pemilikan SUV yang berlaku di seluruh dunia kini mula menjejaskan serba sedikit segmen trak pikap besar yang selama ini menguasai pasaran Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kajian terbaharu yang dijalankan oleh S&P Global, segmen trak pikap tugas ringan saiz penuh dan trak pikap setengah tan mula mengecil kepada tahap yang paling rendah pernah direkodkan sejak suku ketiga (Q3) tahun 2012.

Penurunan trend itu telah mula disedari sejak suku kedua tahun 2020 menunjukkan ramai pengguna yang pernah memiliki trak setengah tan atau trak saiz penuh memilih untuk berhijrah kepada kenderaan utiliti sukan (SUV) sebagai kenderaan utama.
 

SUV


Pada zaman kemuncak populariti, segmen trak pikap pernah menguasai sehingga 12.2 peratus pasaran Amerika Syarikat, sebelum angka tersebut menurun kepada 7.8 peratus pada Q3 2022 dan 7.5 peratus pada Q4 tahun yang sama.

Ia merupakan peratusan terkecil yang pernah dicatatkan untuk segmen trak pikap semenjak tahun 2012 (7.4 peratus).

Biarpun dari segi jualan keseluruhan mencatatakan penurunan, trak pikap masih lagi merupakan model yang paling laris di Amerika Syarikat sepanjang tahun 2022.

Ia dibuktikan dengan pencapaian jualan trak pikap popular Ford F-Series yang kekal menjadi model yang paling laris terjual untuk tahun ke-41 berturut-turut.

Baca: Ford F-Series trak pikap paling laku di US 2022

Sumber: S&P Global

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…