Polis tidak suka peraturan cermin gelap baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya pengumuman oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkaitan peraturan cermin gelap yang disambut baik oleh pengguna tidak begitu disokong oleh pihak polis.

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berpendapat bahawa ia akan menyukarkan tugas mereka.

Akur dan menghormati peraturan tersebut, Azisman berkata pihak polis tidak pernah dipanggil untuk membincangkan peraturan tersebut.

Faktor keselamatan polis dan badan keselamatan yang lain akan terjejas kerana mereka tidak dapat melihat penumpang ketika pemeriksaan dilakukan.

Beliau menambah ia juga akan menyukarkan pihak penguatkuasa untuk mengesan kesalahan-kesalahan kecil seperti menggunakan telefon pintar semasa memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar.

Siang tadi Menteri Pengangkutan menetapkan bahawa cermin penumpang belakang dan cermin belakang tidak lagi ditetapkan had kegelapan tetapi cermin hadapan dan cermin sisi pemandu dan penumpang hadapan masih lagi pada kadar yang sama.

 

* Berita dipetik dari Harian Metro

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri…
Berita Global
Namun, sokongan mereka disia-siakan oleh seseorang yang lupa untuk mengecas kereta peronda mereka,…
Berita Domestik
Dalam klip video berdurasi 44 saat itu, kereta jenis Toyata Vios berwarna hitam itu melanggar…