Polis tahan dua lelaki lagak samseng di Kulai

oleh Mohamad Hanif|
Dua orang lelaki warga tempatan ditahan susulan video samseng jalanan yang menahan bas henti-henti di Kulai tular tempoh hari, menurut laporan Bernama.

Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Tok Beng Yeow, berkata suspek berusia 32 dan 42 tahun yang menaiki kenderaan jenis BMW warna hitam itu ditahan kira-kira jam  9 pagi tadi di sekitar daerah berkenaan susulan laporan dibuat pemandu bas terbabit pada jam 10.11 pagi, semalam.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


"Siasatan awal mendapati myBAS yang dipandu lelaki berumur 31 tahun telah ditahan oleh BMW yang bertindak menghalang laluan bas sebelum dua individu keluar daripada kereta berkenaan dalam keadaan mabuk lalu menghampiri dan menghentak sisi bas beberapa kali menggunakan tangan."

Bagaimanapun, tiada kerosakan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Daripada jumlah itu, sebanyak 87 stesen minyak terletak di kawasan sempadan manakala 64 lagi…
Berita Domestik
"Kenderaan itu disahkan milik sebuah kementerian. "Ia mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah…
Berita Domestik
"Sebanyak 10 saman pula atas kesalahan penggunaan aksesori tidak dibenarkan," katanya dalam…