Polis minta perakam tampil bantu siasatan

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video viral
Individu yang merakam kejadian sebuah kereta yang memandu di lorong motosikal di Kilometer (KM) 30.1 Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur, dekat Petaling Jaya, pada Isnin lalu diminta tampil untuk membantu siasatan.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan satu video dimuat naik pemilik akaun @nanmanjoi871 di Twitter yang tular di media sosial pada 5.40 petang, pada Selasa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

 

"Rakaman video itu memaparkan sebuah kereta dipandu di lorong motosikal di lokasi terbabit yang berlaku 1.50 petang pada Isnin lalu.

"Berdasarkan pemerhatian dilakukan, insiden itu tidak membabitkan kemalangan atau kecederaan kepada pengguna jalan raya lain," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Beliau memohon kepada individu yang merakam kejadian itu supaya tampil di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah Petaling Jaya untuk membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Pengguna jalan raya diingatkan supaya mematuhi arah papan tanda bagi mengelak sebarang kejadian termasuk kemalangan. Pihak polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pihak yang memandu secara berbahaya dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar undang-undang," katanya.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 57 saat menunjukkan sebuah kereta Honda City memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan tular di media sosial sejak Selasa.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Di masa hadapan apabila dirancangkan pembinaan lebuh raya baharu, kita mungkin boleh letakkan…
Berita Domestik
Begitupun di Malaysia, hakikat harus diakui bahawa motosikal adalah antara komponen penting dalam…
Berita Domestik
Jadi katanya, perkara itu perlu dikaji semula oleh syarikat-syarikat pengendali lebuh raya kerana…