Polis kesan pemandu Honda City guna lorong motosikal

oleh Mohamad Hanif|
Polis sedang mengesan individu yang memandu kenderaan jenis Honda City berwarna kelabu tular memandu di lorong motosikal di kilometer (km) 34.1 Lebuhraya Persekutuan di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya pada Rabu mengesan video berdurasi 51 saat memaparkan kejadian tersebut selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook.

"Pada 29 Jun lebih kurang jam 5 petang Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Petaling Jaya terkesan satu video tular mengenai sebuah kereta memandu di lorong motosikal

"Dalam kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Fakhrudin berkata, satu laporan telah dibuat oleh BSPT Petaling Jaya bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pada masa sama, beliau memberi amaran kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang trafik dan meminta saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan.

"Pemilik atau pemandu kereta dan mana-mana saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Ahmad Termizi Abdul Halim di talian 0133752511," ujarnya.

Sumber: Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata,…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video…
Berita Domestik
  Katanya, ketika kejadian pemandu yang menetap di Banting sedang menuju ke rumah anak saudaranya…