Polis Johor siasat video anak-anak Superman Vios

oleh HEZERI SAMSURI|
Video dua orang kanak-kanak yang melakukan aksi Superman di atas sebuah Vios yang tular semalam sedang disiasat oleh polis Johor.

Semalam, OCPD Seri Alam, Supt Ismail Dollah telah menyatakan bahawa satu laporan telah dihasilkan berdasarkan aduan seorang pengguna media sosial yang berkaitan video tersebut yang dikongsi oleh Page Facebook Komuniti Taman Scientex pada jam 12.43 pagi Ahad.

Namun begitu, tidak ada tarikh atau waktu yang tertera pada video tersebut.
superman bebal


Polis sudah melancarkan siasatan untuk mengetahui siapakah pemilik kenderaan tersebut dan identiti kedua-dua orang kanak-kanak tersebut.

Supt Ismail berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Jenayah kerana membahayakan nyawa orang lain.

Beliau juga menyarankan sesiapa yang mempunyai maklumat akan kejadian itu untuk menelefon hotline polis Johor di 07-2212999 atau membuat laporan di balai polis terdekat.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri…
Berita Global
Namun, sokongan mereka disia-siakan oleh seseorang yang lupa untuk mengecas kereta peronda mereka,…
Berita Domestik
Dalam klip video berdurasi 44 saat itu, kereta jenis Toyata Vios berwarna hitam itu melanggar…