Polis - Jangan alih penghadang jalan laluan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bernama
Polis menggesa mana-mana individu supaya tidak sesekali mengalihkan penghadang jalan di laluan alternatif Gua Musang, Kelantan-Kuala Lipis, Pahang sehingga menimbulkan kekeliruan kepada pengguna yang lain.


Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata hal ini berikutan pihaknya mengesan terdapat individu yang cuba mengalih penghadang dan papan tanda sebagai penunjuk arah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kita percaya tindakan mengalihkan penghadang yang dipasang itu adalah untuk individu terbabit bagi memudahkan pergerakannya kerana laluan alternatif itu lebih jauh dari laluan asalnya.

"Jangan pentingkan diri sendiri sehingga mengubah lencongan yang dilakukan pihak berkuasa. Lencongan itu dibuat untuk keselesaan kita di masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan laluan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, pada Khamis.

Mengulas lanjut Sik berkata setakat ini sebanyak lima kes kemalangan direkodkan di laluan alternatif berkenaan dan tidak melibatkan kemalangan maut.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Tekno Careta
  Parkir kereta tanpa menggunakan brek parkir untuk pemilik kereta transmisi automatik  …