7 tabiat pemandu yang 'menjahanamkan' kereta

oleh Careta.my|
Pemilikan kereta kebiasaannya melibatkan pelaburan yang besar. Kereta kebiasaannya menjadi harta kesayangan pemiliknya.

Penjagaan kereta melibatkan kos yang tinggi, maka bagi menjadikan sesebuah kereta yang dimiliki menjadi sebuah kereta yang tahan lama, kami senaraikan tujuh tabiat pemilik atau pemandu yang harus dijauhkan bagi mengelakkan kerosakkan pada sesetengah bahagian kereta,  dan akan menyebabkan pemiliknya menanggung kos yang memeningkan kepala.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

  1. Parkir kereta tanpa menggunakan brek parkir untuk pemilik kereta transmisi automatik

 

Sesetengah pemandu kereta yang menggunakan transmisi automatik sangat yakin dengan meletakkan tombol gear pada posisi “P” tanpa menarik tuil brek parkir apabila memakirkan kereta (parking).

 

Sistem transmisi automatik mempunyai pin yang akan mengunci pergerakan gear dan roda apabila tombol gear diletakkan pada posisi “P”.

 

Walaupun kereta tidak dapat bergerak disebabkan pin tersebut mengunci pergerakan gear dan roda, pin tersebut yang hanya sebesar jari mungkin akan cepat haus jika kereta diparkir tanpa menggunakan brek parkir, malah ia mungkin akan patah jika kereta diparkir pada permukaan yang tidak rata dan menyebabkan pemilik kereta menanggung kos yang tinggi untuk memperbaikinya.

 

Cara untuk mengelakkan dari kerosakan pin tersebut adalah dengan menekan brek semasa meletakkan tombol gear pada posisi “P”, kemudian menarik tuil brek parkir (brek masih belum dilepaskan) bagi menghalang sebarang pergerakan kereta yang akan merosakkan pin tersebut setelah kereta diparkir.

 

 

  1. Selalu tekan habis pedal pendikit

Bagi yang sukakan daya pecutan yang kuat, sudah tentu menekan pedal pendikit sehingga ke lantai menjadi satu kemestian di dalam mendapatkan keseronokan memecut.

 

Bagi yang menggunakan kereta yang berkuasa agak tinggi, memecut dengan kuat boleh menyebabkan beberapa bahagian pada kereta mengalami tekanan yang kuat seperti pada bahagian klac, transmisi dan cagak enjin.

 

Tekanan yang kuat pada bahagian brek seperti pada bahagian pad brek dan cakeran atau gelendong juga akan berlaku jika pemberhentian semasa pemanduan laju dilakukan dengan cepat.

 

  1. Merehatkan tangan kiri pada tombol gear

Memandu kereta transmisi manual merupakan pemanduan yang menyeronokkan, tetapi ada pemandu yang meletakkan tangan kirinya pada tombol gear semasa penukaran gear, dalam keadaan di mana tangan kanan sahaja yang memegang stereng semasa memecut.

 

Ada juga pemandu yang memang akan sentiasa merehatkan tangan kiri di atas tombol gear sepanjang masa pemanduan. Meletakkan atau merehatkan tangan pada tombol gear sebenarnya boleh menyebabkan kehausan pada bahagian “linkage” yang digunakan sebagai penyambung antara tombol gear dan transmisi.

 

Malah kerosakan teruk pada bahagian dalaman gear juga akan terjadi, seperti pada bahagian “bushing” transmisi dan “syncronizer”.

 

Meletakkan kedua-dua tangan pada stering merupakan cara terbaik semasa pemanduan, memudahkan untuk pemandu melakukan pusingan stereng semasa kecemasan.

 

 

  1. Menekan klac sepanjang masa semasa menunggu di lampu trafik.

Kebanyakan pemandu kereta transmisi manual akan sentiasa menekan klac semasa menunggu di lampu trafik yang menyalakan lampu merah.

 

Mungkin disebabkan ingin melakukan pergerakan terpantas semasa lampu bertukar hijau menyebabkan ramai pemandu kereta transmisi manual menekan klac dan meletakkan tombol gear pada gear pertama.

 

Menekan klac sepanjang masa semasa menunggu di lampu trafik boleh menyebabkan sistem klac akan haus dengan cepat disebabkan geseran yang terjadi antara komponen-komponen sistem klac.

 

Komponen-komponen seperti “clutch release bearing”, “release arm” dan “pressure plate” akan haus dengan cepat disebabkan pergeseran dan menyebabkan sistem klac gagal semasa pemanduan dan menyebabkan pemilik kereta terpaksa menanggung kos “tow truck” dan bengkel yang tinggi.

 

Cara yang terbaik adalah dengan meletakkan tombol gear pada kedudukan neutral dan melepaskan klac, jika sudah hampir dengan masa untuk lampu hijau menyala, barulah klac ditekan dan dimasukkan gear pertama untuk melakukan pecutan.

 

 

  1. Membawa terlalu banyak beban

Semakin berat kereta yang dipandu, semakin banyak tekanan yang berlaku pada komponen kereta. Contohnya pada bahagian suspensi, apabila meletakkan beban yang berat menyebabkan penyerap hentak dan spring mengalami kegagalan seperti kebocoran sistem penyerap hentak.

 

Begitu juga pada bahagian transmisi yang brek, disebabkan beban yang berat sistem transmisi seperti klac akan mudah haus, dan pada sistem brek pun akan mudah haus kerana sistem brek perlu bekerja keras kerana momentum pergerakan kereta yang semakin kuat.

 

 

  1. Tidak menggunakan gear rendah semasa menuruni bukit

 

Pemanduan menuruni jalan yang berbukit seperti semasa menuruni Genting Highland selalunya menjadi pemanduan yang mencabar, brek dan pemilihan gear yang bersesuaian dengan kelajuan harus digunakan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

 

Kebiasaannya kejadian yang tidak diingini berlaku semasa menuruni bukit adalah disebabkan oleh sistem brek yang gagal berfungsi.

 

Ramai pemandu yang masih tidak menggunakan gear yang rendah semasa menuruni bukit, disebabkan tidak menggunakan gear yang rendah semasa menuruni bukit boleh menyebabkan pemandu terpaksa menekan brek dengan agak kuat untuk memperlahankan kereta yang dipandu.

 

Penggunaan brek semasa menuruni bukit tanpa menggunakan gear rendah boleh menyebabkan kepanasan pada sistem brek seperti pada bahagian pad brek, cakera atau gelendong dan juga sistem bendalir brek kerana brek digunakan sepanjang masa yang menyebabkan sistem brek kereta kehilangan daya untuk memperlahankan atau memberhentikan kereta.

 

Kepanasan pada sistem brek menyebabkan sistem brek akan lebih cepat haus dari biasa, tetapi yang paling membimbangkan adalah keselamatan pemandu dan penumpang, kadar kecekapan brek akan berkurangan dan yang lebih teruk ia bakal mengundang kemalangan disebabkan pemberhentian gagal dijalankan dengan selamat.

 

Cara yang terbaik apabila menuruni bukit adalah dengan menggunakan gear yang rendah dan bersesuaian dengan kelajuan semasa itu.

 

 

  1. Tidak menghiraukan lampu amaran pada kelompok instrument

Sistem lampu amaran pada ruang kelompok instrument (instrument cluster) adalah satu sistem paparan untuk memberitahu pemandu keadaan kereta yang bakal dihidupkan enjin.

 

Sistem lampu amaran seperti lampu amaran enjin (engine checklight), brek, transmisi, ABS, stering elektrik dan beg udara adalah untuk memberitahu adakah sistem-sistem tersebut masih beroperasi dengan baik atau tidak.

 

Mungkin disebabkan dengan kesibukan kerja, pemilik kereta tidak mempunyai masa untuk menghantar kereta mereka ke bangkel apabila salah satu lampu amaran menyala.

 

Kemungkinan untuk kereta tersadai di tepi jalanraya disebabkan mengabaikan lampu amaran juga akan terjadi, malah lebih buruk jika sesetengah sistem yang kritikal seperti sistem brek gagal berfungsi dan menyebabkan kemalangan disebabkan mengabaikan lampu amaran brek semasa menghidupkan enjin.

 

Selain lampu amaran di kelompok instrument memberitahu pemandu keadaan kereta selamat atau tidak untuk dipandu, bunyian yang terhasil semasa enjin dihidupkan dan semasa pemanduan juga boleh dikira amaran yang mesti diambil berat. Contohnya bunyian yang terhasil dari tali sawat (drive belt) memberitahu pemandu bahawa tali sawat memerlukan tegangan semula atau pertukaran.

 

Mengabaikan bunyian yang terhasil dari tali sawat yang haus boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk seperti tali sawat yang putus dan merosakkan pelbagai komponen yang berhampiran dengannya.

 

Malah ada kes kemalangan yang disebabkan pada bahagian sistem suspensi seperti pada bahagian “lower arm”, disebabkan pemandu mengabaikan bunyian yang terhasil dari “ball joint” pada “lower arm” boleh menyebabkan “ball joint” tercabut dan menyebabkan kemalangan yang teruk.

 

Cara yang terbaik adalah menghantar kereta ke bengkel secepat mungkin, bagi pemilik kereta yang sukakan DIY, sudah tentu meluangkan masa dengan memeriksa kereta boleh menghalang dari kejadian yang tidak diingini.

 

 

Info Bonus: Tuil signal juga akan 'rosak, berkarat dan bernanah' sekiranya anda tidak menggunakannya, jadi sebelum anda menukar lorong atau ingin memberhentikan kereta di bahu jalan atau memasuki simpang, tolong berikan kerjasama dan menjadi pemandu yang berhemah dan sentiasa menggunakan tuil ini apabila berada di belakang stereng.

Semoga perjalanan kita sentiasa dilindungi hendakNya, Aamiiin.

 

pic 1

Berita Berkenaan

Informasi
Penggunaan bateri tersebut digunakan oleh kenderaan terkini kerana tenaga tersebut sedikit sebanyak…
Tekno Careta
  Ini termasuklah cara-cara membersihkan kenderaan kita, dari syampu kenderaan sampailah segala…
Berita Global
Menurut laporan daripada Bloomberg, pengeluar itu dikatakan menghantar emel berbentuk tips kepada…