Polis Florida rampas Corvette C8 tokan dadah, tukar jadi kereta polis!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Polis di Pantai Panama City, Florida baru-baru ini menerima tambahan kenderaan baharu yang menarik tetapi malangnya, ia tidak akan digunakan untuk mengejar penjenayah dan hanya akan digunakan untuk acara komuniti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Chevrolet Corvette Stingray 2022 itu telah diperoleh pada tahun lepas, di mana ianya telah dirampas dari pemiliknya Alexander Casey, 25 tahun yang ditahan semasa melarikan diri bersama narkotik haram dan memiliki senjata api.

 

2

 

Beberapa bulan kemudian, Corvette C8 itu dihantar ke kedai untuk dibalut dengan grafik polis istimewa sempena acara komuniti yang akan diadakan di sana.

Jabatan Polis Pantai Panama City berkata, "Kenderaan ini kini akan ditampilkan dalam program 'Cops and Kids', berfungsi sebagai alat dinamik untuk perhubungan awam dan jangkauan masyarakat."

 

3

 

“Ia berdiri sebagai peringatan yang kuat tentang akibat pemilikan dan pengangkutan narkotik haram, mengukuhkan mesej pematuhan undang-undang dan tanggungjawab masyarakat."

Tidak akan digunakan sebagai kenderaan rasmi polis, Corvette C8 itu akan dijual di acara lelong kepada pembida tertinggi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Apa yang menjadikan tindakannya gila, lelaki yang merupakan bekas banduan itu baru sahaja…
Berita Global
Nampaknya, 'kembar jauh' Myvi berjaya ditemukan di Miami di mana sebuah Chevrolet Corvette Stingray…
Berita Global
GM memang tidak menghasilkan varian RHD untuk kebanyakan model US mereka dan projek ini khusus…