Corvette C8 dan trak pikap Siverado versi pandu sebelah kanan akan muncul di Australia!

oleh HEZERI SAMSURI|
Peminat kereta-kereta US bakal menerima berita gembira apabila General Motors sudah bersetuju untuk membenarkan sebuah syarikat Australia, Walkinshaw Auto Group, untuk menghasilkan model-model Pandu Sebelah Kanan (RHD) bagi Corvette C8 dan trak pikap Silverado 1500.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GM memang tidak menghasilkan varian RHD untuk kebanyakan model US mereka dan projek ini khusus untuk pasaran Australia.

Namun begitu GM masih mengalami masalah besar di Australia.

Pengedar-pengedar Holden di Australia merasakan diri mereka ditipu dan mahu kerajaan menyiasat adakah General Motors patut dibenarkan untuk membuka rangkaian baharu di negara tersebut.

GM memberikan sehingga 30 Jun untuk pengedar-pengedar Holden sekarang menerima pakej tawaran kerana menghentikan kontrak mereka tiga tahun lebih awal.

Tawaran itu ditolak bulat-bulat dan pengedar-pengedar Holden mahu mencabar GM di mahkamah.

Dalam masa yang sama GM sedang dalam proses untuk membuka jalinan pengedaran baharu di Australia, GM Specialty Vehicles (GMSV) untuk menjual model-model dari US seperti Corvette C8 dan trak Silverado 1500 di sana. 

Pengedar-pengedar GMSV sebenarnya adalah bekas pengedar Holden juga.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Panggilan semula itu melibatkan sejumlah 61,000 unit kenderaan di US, yang terdiri daripada 50,000…
Berita Global
Ia adalah berikutan pelbagai jenis masalah yang dilaporkan melibatkan ‘sebilangan kecil’ model…
Berita Global
Terbaharu, General Motors bakal menjalin kerjasama dengan syarikat Komatsu untuk menghasilkan trak…