Polis catat keterangan pemandu BMW sebabkan Inspira terbabas

oleh Mohamad Hanif|
Polis mengambil keterangan pemandu kereta BMW 330E yang terbabit kemalangan hingga menyebabkan tiga beranak cedera di Kilometer 385.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini, kelmarin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian pada pukul 7.30 malam itu tular dalam media sosial sejak semalam setelah dimuat naik seorang wanita yang mendakwa pemandu kereta BMW berkenaan melarikan diri selepas menyebabkan kenderaan dinaikinya terbabas.

Wanita yang dikenali dengan nama Natasya Nadia itu memaklumkan bayinya, Aqasha Alhaq berusia empat bulan tercampak ke tengah jalan akibat kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, pemandu lelaki berusia 30 tahun itu membuat laporan polis berkaitan kemalangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada pukul 3.17 petang, semalam.

Katanya, lelaki itu juga tampil ke IPD Muallim pada pukul 10 malam untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Dalam kejadian itu, pemandu BMW berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan melainkan kerosakkan pada kenderaan iaitu calar pada bahagian sisi belakang kanan dan rim tayar bahagian belakang sebelah kanan.

“Punca kemalangan adalah disebabkan mengubah haluan yang mana kereta BMW yang sebelum itu berada di lorong tengah secara tiba-tiba masuk ke lorong kanan di hadapan laluan Proton Inspira,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, ketika kejadian, pemandu Proton Inspira berusia 30 tahun itu cuba mengelak daripada melanggar kereta suspek namun kenderaan itu hilang kawalan dan terlanggar bahagian sisi belakang kanan BMW.

Katanya, kereta mangsa kemudian terbabas lalu terlanggar besi pembahagi jalan di bahagian tengah lebuh raya.

“Mangsa mengalami luka di bahagian tangan kanan manakala isterinya retak pada pergelangan kaki kiri. Bayi lelaki berusia empat bulan pula cedera parah iaitu patah tulang peha, patah tulang pinggul dan pendarahan di bahagian otak.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan sementara bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk rawatan,” katanya.

Sumber: Utusan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia…