Warga Singapura langgar kereta Tunku Idris tampil beri keterangan

oleh SALINA JALIL|
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden pergeselan antara kereta bernombor pendaftaran Singapura dengan kereta milik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di Jalan Serampang, Taman Pelangi semalam.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 62 tahun itu tampil merakam percakapan di Balai Polis Trafik Johor petang semalam selepas kejadian mengenai insiden itu tular.

 

Katanya, tidak ada tangkapan dibuat terhadap lelaki warganegara Singapura itu setelah dia tampil untuk memberikan keterangan.

 

“Setelah merakam percakapan pemandu kereta mewah tersebut, warga emas itu dibenarkan pulang dan dibenarkan balik ke Singapura kerana ini bukan kes jenayah.

 

“Sementara itu, polis dalam proses menyiapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin,” katanya kepada pemberita hari in i (Selasa).

 

Semalam, kereta Tunku Idris calar ‘digesel’ sebuah kereta BMW bernombor pendaftaran Singapura dalam kejadian yang berlaku di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang.

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kita telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan itu. Kes…
Berita Domestik
Berdasarkan laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku pada jam 8 malam di mana suspek dikatakan…
Berita Domestik
  Terdahulu, suspek yang bergari dilihat tiba di mahkamah pada 9 pagi dengan diiringi polis…