Polis Arizona guna Challenger R/T sebagai peronda lebuh raya

oleh Mohamad Hanif|
Kebanyakan pasukan polis di Amerika bergantung harap kepada penggunaan Ford Police Interceptor Utility, atau Dodge Charger Pursuit, namun untuk kegunaan tertentu, adakalanya kereta dengan rekaan yang tidak menonjol adalah lebih sesuai digunakan ketika bertugas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Prescott Valley Police Department di Arizona baru-baru ini berjaya memperoleh dua unit Dodge Challenger R/T yang akan digunakan untuk mengesan pemandu melulu di atas lebuh raya.

Untuk menyukarkan lagi kedua-dua unit kereta peronda itu daripada dikesan dengan mudah, Prescott Valley Police Department menggunakan cat berwarna perak dan kelabu tanpa sebarang liveri polis.

Namun kedua-dua unit Dodge Challenger R/T ini masih lagi dilengkapi dengan kelengkapan seperti lampu LED biru merah, serta peralatan komunikasi yang diperlukan.

Menurut pasukan tersebut, Dodge Challenger ini akan dikhususkan untuk mencari dan menangani pemanduan berbahaya secara agresif, namun boleh juga digunakan untruk tugasan lain seperti respons kemalangan lalu lintas, rondaan harian dan sebagainya.

Sebagai makluman, Dodge Challenger R/T didatangkan dengan enjin 5.7 liter V8 Hemi yang mampu menghasilkan 375 kuasa kuda dan 542 Nm daya kilas, mampu mencapai kelajuan tertinggi 249.4 km/j dan boleh dipadankan dengan transmisi manual Tremec enam nisbah kelajuan atau kotak gear automatik lapan kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…