PLUS pupuk semangat Rukun Negara di kalangan pelajar sekolah rendah

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memainkan peranannya sebagai ‘Rakan Negara’ dalam menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan memupuk semangat Rukun Negara di kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Lakaran Rukun Negara yang membabitkan pelajar dari 5 buah sekolah berhampiran dengan jajaran lebuhraya kendalian syarikat ini.

Pengurus Perniagaan Wilayah Tengah PLUS, Husni Md Yusuf berkata, “Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, PLUS memberi fokus kepada penghayatan Rukun Negara di mana kami memberi peluang kepada para pelajar untuk menceritakan pemahaman mereka terhadap Rukun Negara secara kreatif menerusi visual seni lakaran.”

Sebanyak 44 lakaran yang telah senarai pendek kini dipaparkan di Galeri Jejantas Sungai Buloh bermula hari ini sehingga pertengahan Disember tahun ini untuk memberi peluang kepada karya pelajar-pelajar sekolah ini dipertontonkan kepada pelanggan yang singgah di kawasan rehat tersebut.

Pada masa yang sama, ia akan turut dinilai oleh juri-juri dari Balai Seni Lukis Negara, Arkib Negara Malaysia, Lembaga Lebuhraya Malaysia, VMLY&R, PLUS serta orang ramai.
 


Juri-juri terdiri daripada Pengarah Seni VMLY&R, Melody Lee Sook Yin, Pengarah Sumber Manusia & Korporat Lembaga Lebuhraya Malaysia, Noradibah Ramli, Ketua Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan (Arkib Negara Malaysia), Hj Mohd Nasser Malik, Ketua Kurator Kanan Balai Seni Lukis Negara, Mohamad Majidi Amir dan Pengurus Unit Studio PLUS, Najihah Mohd Yasin.

Proses permakahan akan terbahagi kepada 2 iaitu 60% daripada juri professional dan 40% daripada laman Facebook PLUS sehingga pertengahan Oktober ini.

Pertandingan ini telah menerima sebanyak 1,000 penyertaan dari pelajar tahun 4,5 dan 6 dari Sekolah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes (Rawang), Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bangi, Sekolah Kebangsaan Slim River, Perak, Sekolah Kebangsaan Dato Kelana Tapah, Perak dan Sekolah Kebangsaan Payamas, Tangkak Batu 18, Johor.

Pemenang utama bakal memenangi RM 2,000 dan RM 5,000 akan dihadiahkan kepada pihak sekolah berkenaan. Bagi peringkat antara sekolah pula, RM 1,000 akan diberikan kepada pemenang peringkat pertama, RM 800 dan RM 500 untuk pemenang tempat kedua dan ketiga dan RM 300 dan RM 150 bagi pemenang keempat dan kelima. Bagi 5 pemenang-pemenang saguhati pula, mereka bakal menerima RM 50 setiap seorang.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11:30 pagi tadi, sebuah lori kelas 2 dengan muatan bahan…
Berita Domestik
Persimpangan bertingkat tersebut bakal memberi kesan kepada mereka yang datang dari arah Johor…
Berita Domestik
Selepas menjalankan penilaian dan pemerhatian, PLUS merancang untuk melaksanakan teknologi SISTEM…