PKPP: Sekatan jalan raya diteruskan di Putrajaya

oleh SALINA JALIL|
Sekatan jalan raya di sekitar Putrajaya masih diteruskan walaupun sudah berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula kelmarin.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, berkata selain operasi itu, pemeriksaan secara rawak juga akan dijalankan dari semasa ke semasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, ia bagi memastikan orang ramai dari luar tidak memasuki Putrajaya tanpa surat kebenaran, demi mencegah risiko jangkitan COVID-19.

"Ini kerana Putrajaya dikelilingi Kuala Lumpur dan Selangor yang masih berada dalam PKP Bersyarat (PKPB). Jika tidak dikawal, Putrajaya akan menjadi kawasan orang ramai berkumpul.

 

"Sehubungan itu jika orang luar datang melakukan aktiviti di sini tanpa surat kebenaran untuk merentas, polis akan mengenakan kompaun," katanya ketika dihubungi.

 

Mohd Fadzil berkata, polis meneruskan kawalan berikutan masih ramai yang keliru berhubung kawasan berdekatan Putrajaya tetapi terletak dalam daerah lain, contohnya pusat beli-belah IOI City Mall dan Cyberjaya adalah di bawah daerah Sepang.

 

Beliau berkata, Presint 1 hingga Presint 20 terletak bawah Putrajaya.

 

Katanya, hanya penduduk Putrajaya boleh menjalankan aktiviti dalam komuniti di kawasan terbabit.

 

 

– BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita…
Berita Domestik
"Sekatan jalan raya itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jelutong bermula jam 10…