PKPB: Polis buru individu rentas negeri

oleh SALINA JALIL|
Pihak berkuasa mungkin akan mengunjungi kediaman individu yang lolos larangan rentas negeri pada Hari Raya nanti.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihak berkuasa memandang berat larangan pergerakan antara negeri, khususnya perjalanan tanpa kebenaran polis semata-mata untuk menyambut Aidilfitri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengesan individu yang disyaki melakukan kesalahan pergerakan rentas negeri tanpa permit.

 

"Selain daripada melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, polis akan menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan dan kampung untuk mengesan mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan bergerak melampaui perbatasan negeri untuk balik berhari raya.

 

"Bagi tujuan ini pasukan pemantau PDRM dan ATM akan meninjau rumah di taman perumahan dan kampung di seluruh negara," katanya tadi.

 

Beliau berkata, polis akan memeriksa bagi mengesan kenderaan yang tidak mempunyai permit pergerakan.

 

"Polis memiliki rekod butiran individu serta kenderaan mereka yang diberikan permit atau kebenaran untuk melakukan pergerakan antara negeri," katanya.

 

Sebarang kesalahan pergerakan rentas negeri boleh disiasat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967.

 

Sebelum ini Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berulang-kali menegaskan supaya masyarakat tidak melakukan sebarang pergerakan rentas negeri semasa musim perayaan ini.

 

Beliau turut memberi peringatan bahawa mereka yang sebelum ini sudah 'terlepas' pulang ke kampung halaman tidak semestinya akan 'terlepas' apabila hendak kembali semula ke rumah.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…