PKPB: Kedah, Sarawak tangguh PKPB; Selangor hadkan operasi ekonomi Isnin ini

oleh Mohamad Hanif|
Setakat ini, dua negeri membuat keputusan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), iaitu Kedah dan Sarawak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Harian Metro, Kedah akan menangguhkan pelaksanaan PKPB sehingga keputusan dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) pada Selasa ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri akan tekad mempertahankan status sebagai Zon Hijau selepas tiada lagi kes aktif COVID-19 di semua daerah.

Laporan Astro Awani menyebut bahawa kerajaan negeri Sarawak juga turut mengambil langkah  yang serupa seperti yang disahkan oleh Pengerusi Jawatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Jelas Uggah, setelah diteliti oleh JPBN, beberapa garis panduan yang diumumkan oleh kerajaan Pusat adalah tidak kondusif dan tidak sesuai dilaksanakan di negeri tersebut.

Sementara itu, tidak semua industri akan dibenarkan beroperasi bermula Isnin ini, menurut kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Di peringkat kerajaan negeri, kita tidak mahu ‘crash landing’ dengan erti kata lain, kita akan cuba melihat peringkat demi peringkat dan saya akan bertanya dan melihat kesiapsiagaan PBT.

“Ini kerana mereka (PBT) yang perlu melihat bagaimana operasi kedai makan. Tak akan pihak polis nak serbu kedai makan, mesti pengutkuasa. Berapa ramai penguatkuasa kita, belum masuk lagi pusat hiburan haram yang beroperasi.

“Tidak termasuk lagi dengan aktiviti riadah di mana kalau saya buka (Taman) Tasik Shah Alam, saya tak tahu berapa ribu orang yang akan datang ke sana, serta bagaimana pengawalan di sana.

“Semua ini perlu diperincikan dan ia tidak boleh siap dalam satu hari,” tegasnya pada sidang media di sini hari ini.

Sumber: Astro Awani, Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, ia termasuk mengambil kira tanggapan masyarakat terhadap PKP fasa kedua kali ini yang…
Berita Domestik
  “Keputusan ini dibuat selepas kita mendengar pandangan dan permohonan orang ramai untuk menambah…
Informasi
  Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini berikutan terdapat…