PKPB: Tiga orang dalam satu kenderaan dibenarkan tetapi bersyarat

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan memberi kelonggaran bagi prosedur operasi standard (SOP) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan membenarkan tiga individu dalam satu kenderaan, berbanding dua orang sebelum ini.


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan yang berkuat kuasa serta-merta itu mestilah dengan syarat penumpang dan pemandu itu dari rumah yang sama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Keputusan ini dibuat selepas kita mendengar pandangan dan permohonan orang ramai untuk menambah jumlah penumpang dalam kenderaan persendirian daripada rumah yang sama walaupun pihak polis sebelum ini telah memberi kelonggaran atas budi bicara mereka.

 


“Ini juga bagi memudahkan pihak polis membuat penguatkuasaan dan selaras dengan jumlah yang dibenarkan bagi kenderaan teksi dan e-hailing,” katanya dalam sidang media harian pelaksanaan PKP Pemulihan di sini hari ini.

 

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, kuasa budi bicara polis masih terpakai jika terdapat lebih tiga individu dalam sebuah kenderaan bagi keadaan tertentu misalnya membawa kanak-kanak atau warga emas.
 

 

 

SH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Informasi
  “Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda…