PKP - Tunjuk surat pengesahan majikan, pas kerja di SJR

oleh SALINA JALIL|
Gambar Hiasan
Kakitangan dalam sektor dibenarkan beroperasi, termasuk petugas media yang perlu merentas negeri setiap hari atas urusan kerja, hanya perlu menunjukkan surat pengesahan majikan dan pas kerja ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) dijalankan polis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya cuba seboleh mungkin untuk membantu memudahkan urusan berkenaan.

 

"Bagi pekerja terbabit, surat pengesahan majikan boleh dikemukakan kepada anggota kami yang bertugas di SJR.

 

"Bagi petugas media pula, saya kira pas media pun memadai," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

 

Abdul Hamid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneliti prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula di enam negeri, hari ini.

 

Beliau menjelaskan, SJR yang diadakan terutama di enam negeri dikenakan PKP, bukan bertujuan mencari salah sesiapa.

 

"Kita faham untuk menimbang antara keperluan menjaga kesihatan dengan menggerakkan ekonomi. Ini tugas yang sukar untuk kita mencari titik tengah.

 

"Disebabkan itu, banyak berlaku kekeliruan pada peringkat pertama (PKP) dulu (dalam melaksanakan SJR).

 

"Kita sudah mempelajari banyak perkara dan pengalaman ditimba, justeru saya berharap banyak kekeliruan yang timbul dulu tidak akan berlaku kali ini," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…