PKP - Tidak sempat pulang dari kampung? Kelonggaran diberikan sehingga 15 Januari ini

oleh SALINA JALIL|
Mereka yang masih berada di kampung halaman dan tidak sempat pulang dari kampung, mereka diberikan kelonggaran untuk merentas negeri tetapi selewat-lewatnya sehingga hari Jumaat (15 Januari) ini sahaja, kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Beliau turut mengatakan bahawa pihak polis akan melakukan sekatan jalan raya mulai tengah malam Rabu (13 Januari 2021) untuk mengelakkan perjalanan antara negeri, dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Setelah berbincang dengan pihak polis, kami akan memberikan sedikit kelonggaran untuk beberapa hari bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk merentas negeri dan pulang ke destinasi yang sepatutnya.


"Mereka ini harus merancang perjalanan dan diberikan sehingga hari Jumaat ini (15 Januari 2021), atau akan terperangkap di kampung halaman mereka selama dua minggu lagi," katanya lagi.


Ismail Sabri berkata mereka yang mempunyai tiket penerbangan dan bas juga dibenarkan meneruskan perjalanan mereka.


Beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa bermula hari ini, 13 Januari hingga 26 Jan, perjalanan antara negeri tidak akan dibenarkan, sama ada di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

 

 

The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…