PKP, PKPB dan PKPP - Apa yang boleh dan tak boleh buat?

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri dan lagi enam negeri di bawah PKPB bagi mengekang penularan kes COVID-19 yang kini mencatatkan angka membimbangkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, larangan merentas negeri adalah dilarang, makanala negeri di bawah PKP, pergerakan merentas daerah adalah tidak dibenarkan manakala pergerakan pula hanya dibataskan dalam radius lingkungan 10 km sahaja.

Sekatan jalan raya akan berkuatkuasa bermula tengah malam 12.01 am Rabu, 13 Januari 2021 bagi mengawal pergerakan merentas negeri dan daerah.

Kedai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi untuk perkhidmatan take away sahaja untuk kawasan PKP, manakala kedai yang tertakluk di bawah kawasan PKPB dan PKPP, operasi adalah dibenarkan seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, larangan turut dikenakan terhadap beberapa aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti:

  • kenduri kahwin
  • persidangan
  • perarakan keagamaan
  • mesyuarat
  • seminar
  • kursus
  • sukan berkumpulan

Sementara negeri yang dibawah pelaksaan PKPP, aktiviti sosial adalah dibenarkan tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat.

Beberapa sektor ekonomi dibenarkan beroperasi seperti pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.

Pun begitu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan meperincikan jenis-jenis perkhidmatan yang disenaraikan dibawah essential economic sector.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…