Pihak berkuasa minta orang awam cari jet F-35 hilang dari radar

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Sky News
Pihak berkuasa Amerika Syarikat meminta orang awam untuk mencari sebuah jet pejuang jenis Lockheed Martin F-35 yang dilaporkan hilang di South Carolina selepas juruterbangnya menggunakan kerusi anjal untuk menyelamatkan diri pada jam 2.00 petang, waktu tempatan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Tidak diketahui punca sebenar kenapa juruterbang itu terpaksa menggunakan kerusi anjal.

Namun yang pasti, juruterbang itu berjaya mendarat dengan menggunakan payung terjun di kawasan perjiranan Charleston, dan berada di dalam keadaan stabil.

Yang anehnya, pesawat yang dikendalikan oleh juruterbang itu tidak dapat dikenalpasti kedudukannya buat masa ini.

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa turut menyebut jet F-35B itu sedang berada di dalam mod autopilot semasa juruterbang itu membuat lentingan kecemasan.

 


Sementara itu, laman akhbar The Washington Post telah mendapatkan maklum balas daripada Joint Base Charleston di mana komponen transponder jet tersebut tidak berfungsi sewaktu insiden itu berlaku.

Markas tentera udara itu turut dilapor meminta bantuan orang awam untuk melakukan pencarian jet F-35B yang hilang itu, di mana langkah itu turut mengundang kritikan daripada pelbagai pihak.

Sumber: The Drive, The Washington Post

Berita Berkenaan

Informasi
  Menurut kenyataan itu ia akan melibatkan terbang lintas hormat beberapa pesawat helikopter…
Berita Global
  "Juruterbang PRC terbang terus di hadapan muncung RC-135 yang sedang menjalankan operasi selamat…
Berita Global
HondaJet Elite II dikuasakan oleh sepasang enjin GE Honda HF120, setiap satu mampu menjana kuasa…