Pihak berkuasa buru individu tampal lubang dengan konkrit

oleh Penyumbang Rencana|
Ketua lebuh raya di Britain sedang memburu individu atau kumpulan yang menampal sebuah lubang besar dengan konkrit di laluan Lostwithiel, Cornwall yang ditutup selama beberapa bulan, lapor portal berita MailOnline pada Ahad.


Tindakan itu dilakukan kerana kerja menampal lubang tersebut dilakukan tanpa persetujuan pihak berwajib.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ahli Majlis Cornwall untuk Lostwithiel dan Lanreath, Colin Martin berkata: “Jalan itu ditutup semula dan  kekal ditutup sehingga ia dibaiki dengan betul oleh Comac (kontraktor). Ini mungkin berlaku dalam masa beberapa minggu lagi kerana semua pasukan yang ada sibuk menampal lubang-lubang lebih kecil yang lain.” 

“Sebarang kerja yang dijalankan pada hujung minggu lalu itu tidak dilakukan oleh pasukan kami. Ia telah dilakukan oleh orang  tidak dikenali tanpa persetujuan.

“Sekiranya maklumat mengenai individu atau kumpulan yang bertanggungjawab diketahui oleh  masyarakat, saya berterima kasih jika butiran ini boleh dikongsi bersama.” kata seorang pengurus laluan Cornwall pula.

Laluan tersebut ditutup sehingga 9 Jun depan untuk kerja-kerja pembaikan.

 

jln

– Agensi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penduduk Kampung Poropot, Charls Dodee, 26, berkata, kerosakan jalan itu berlarutan sejak tiga…
Berita Domestik
Keadaan jalan itu dikongsikan oleh seorang pengguna jalan raya, Mohd Fauzie Jasneh, 31, menerusi…
Berita Domestik
Penduduk, Hassan Serian, 56, berkata penduduk, terutama petani yang mempunyai kebun perlu berhati-…