Phuket bakal terima pelancong asing 1 Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
Kawasan peranginan Phuket bakal menerima kunjungan pelancong asing dari negara berisiko rendah bermula 1 Julai ini sebagai sebahagian daripada langkah kerajaan melonggarkan sekatan COVID-19 di negara itu.

Menurut Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha, keputusan tersebut dibuat memperlihatkan kepada wabak yang sudah terkawal di Bangkok, sementara 70 peratus daripada penduduk tempatan di Phuket sudah pun mendapat suntikan vaksin masing-masing.

Terdapat lima jenis perniagaan akan dibenarkan beroperasi seperti muzium, taman awam, klinik, salun kecantikan dan pusat urutan kaki.

Selain daripada itu, Phuket juga bakal melaksanakan program "Phuket Sandbox" di mana pelancong asing yang sudah divaksin tidak perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Namun mereka perlu berada di pulau itu selama 14 hari sebelum melakukan perjalanan ke wilayah lain.

Phuket Sandbox dijangka berfungsi sebagai model destinasi pelancongan di wilayah lain termasuklah Chiang Mai, Chon Buri (Pattaya), Krabi, Phang Nga dan Surat Thani (Koh Samui) yang dijangka dibuka semula bermula Oktober ini.

Berita penuh di Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Skim "Dannok Sandbox" itu dirancangkan selepas melihat kadar vaksinasi Malaysia yang bakal mencecah…
Berita Domestik
Perjalanan merentas sempadan dan negeri masih tidak dibenarkan di bawah Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan…
Informasi
  "Kami berbincang pelbagai isu mengenai kerjasama Malaysia dan Singapura. Kedua-dua pihak akan…